Monday, April 19, 2010

Pentas Pemuda-PRK Hulu Selangor



Bertempat di padang bangunan UMNO lama di Kuala Kubu Bharu telah diadakan Pentas Pemuda dimana tujuannya adalah untuk memberi informasi serta penerangan kepada orang ramai dan pengundi khususnya tentang penyelewengan dan penipuan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Pelakon & Pengarah Terbaik sepanjang zaman iaitu DSAI..

Walaupun hujan renyai turun pada malam itu, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat BN yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid serta beberapa lagi Exco Pemuda UMNO yang lain serta orang ramai khususnya untuk mengetahui ape cerita sebenar yang telah diarahkan oleh DSAI dan dilakonkan bersama juak2 beliau.

Alhamdulillah, pada malam itu juga speaker2 yang hadir dapat membuktikan pada orang ramai dan pengundi khususnya tembelang sebenar Pakatan Rakyat ini. Ini kerana, Ketua Pemuda MIC Sdr.T.Mohan bersama mantan Timbalan Menteri Pulau Pinang iaitu Sdr.Fairuz Khairudin dan Sdr.Sivandoraisamy atau Cikgu Siva bekas ahli PKR Hulu Selangor masing2 menceritakan pengalaman serta pembohongan Pakatan Rakyat ini. Jelaslah dengan penerangan mereka ini ianya dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Pakatan Rakyat ini hanyalah rektorik semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat demi menjayakan rancangan terkutuk DSAI bersama juak2nya.