Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013 buat rakyat senang hati

Rakyat mengambil kesempatan bersalaman tanda terima kasih kepada PM.

Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat kelmarin menerima maklum balas yang sangat baik dan dihargai semua lapisan rakyat.
Perdana Menteri berkata, respons rakyat yang beliau terima terhadap bajet kali ini membanggakan kerana pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melakukan transformasi untuk mensejahterakan rakyat.
“Kerajaan BN tidak henti-henti melakukan kebaikan dan usaha itu terbukti apabila rakyat senang hati dengan Bajet 2013 yang dibentangkan semalam (kelmarin).
“Kita tidak membuat keburukan, begitu juga menabur fitnah dan jauh sekali mencerca, apatah lagi berjanji bulan dan bintang tetapi tidak dapat ditunaikan. Kita janji dengan berpijak di bumi nyata,” katanya.
Apapun admin rasa hasil bajet 2013 ini, semua rakyat mahupun pembangkang mendapat manfaat darinya..

Offering job by Syarikat Prasarana Negara Bhd

A day after the announcement by Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, RapidKuantan has made its presence in the state capital of Pahang as recruitment banners for bus drivers were seen around the city.

“We are looking at recruiting no less than 30 bus drivers as soon as possible as we need to give them the required training. We hope to start the service very soon as it is a matter of importance for the rakyat in Kuantan and the state of Pahang as a whole,” said Datuk Shahril Mokhtar, the Group Managing Director of  Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Under its Bus Division, the Group administers RapidKL and RapidPenang, which are its operating arms for bus services for Klang Valley and Selangor; and Penang respectively. Established in 1998 and operational since 2002, Prasarana is a fully Government-owned company set up and mandated to transform the public transport services in the country.
 
In his Budget Speech, the Prime Minister announced that establishment of RapidKuantan to manage and operate the public bus services in Kuantan to help the residents overcome their transportation woes and help increase mobility in the city and connectivity between Kuantan and its surrounding areas.

Datuk Seri Najib also said that Prasarana had also been requested to manage and operate public bus services in Ipoh, Seremban, Kota Kinabalu and Kuching.

In his immediate comments, Shahril had said that Prasarana would make full use of the expertise, experience and knowledge of its bus operating arms - RapidKL and RapidPenang – in ensuring commuters in Kuantan enjoy efficient and affordable mode of traveling.

Shahril said Prasarana would immediately start works on securing a temporary depot and administrative office within the city to commence its operations.

“We have already dispatched a team to start the ground works,” he added.

“Our main priority now is getting bus drivers. As you know, there is an acute shortage of bus drivers in the country. It’s a huge challenge in getting drivers … we have this problem in Klang Valley as well as in Penang. Hopefully, we have good response in our recruitment drive,” he added.

Apart from banners, Prasarana would be putting up advertisements in newspapers and use its social media networks to publicise the recruitment drive.

For details, contact Prasarana Media Affairs Manager Azhar Ghazali at 019-3837865 or Haliza Hamid at 019-2210058 

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013-Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat

PM & TPM memohon keberkatan Jumaat disesi pembentangan Bajet 2013
Antara Intipati Penting Bajet 2013:

1.     Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari)
2.     Peruntukan utk Bajet 2013 ialah RM251.6 bln. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 bln & Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 bln.
3.     1.5 mil golongan remaja berumur 20-30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 atau ke bawah akan mendapat rebet RM200 atas pembelian telefon 3G di kedai yang terpilih
4.     Govt will extend 50% discount on KTM Komuter fares to all Malaysians with Bagi merangsang pelaburan, krjn akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)
5.     BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang drpd RM3,000
6.     BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kpd individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang drpd RM2,000
7.     Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bln akan dikendalikan oleh SME Bank
8.     RM30 juta diperuntuk bg Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 prgm berimpak tinggi
9.     Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta utk pembiayaan modal kerja PKS yg usahakan pengeluaran produk halal
10.  Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 & krjn akan biaya skim ini dgn peruntukan RM16 juta setahun
11.  Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan prgm “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising”
12.  PNS akan beri pinjaman RM25,000 bg “licensee” & RM500,000 kpd “licensor” dlm usaha memodenkan perniagaan penjaja & peniaga kecil
13.  Paddy farmers below 10 hectares will fall under the Paddy Takaful Coverage Scheme with compensation of up to RM13, 000
14.  SC akan perkenalkan Graduate Representative Program dgn kerjasama sektor swasta bg melatih graduan memenuhi keperluan industri
15.  Pengecualian duti setem & cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan
16.  RM100 juta utk Yayasan Pasaran Modal bg pembangunan modal insan bg industri sekuriti di bawah kawal selia SC
17.  Pengecualian cukai pendapatan bg tempoh 10 tahun kpd syarikat berstatus TRX
18.  Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
19.  Bantuan Bauchar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
20.  Pelepasan cukai pendidikan anak-anak bermula dari gaji ibubapa yang berpendapatan RM6000
21.  Utk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota
22.  Geran RM10,000 kpd persatuan penduduk berdaftar utk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan & mempertingkatkan peranan rukun negara
23.  Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
24.  Diskaun 20% pinjaman pelajaran PTPTN akan diberikan kepada mereka yang mula membayar pada bulan Oktober 2012
25.  Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bg sediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di satu pusat integrasi
26.  Pembinaan 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk
27.  Projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah & penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah
28.  The My First Home Scheme will be improved to enable more Malaysians to own their first residential property.

Friday, September 28, 2012

Old Town White Coffee diragui halal?


Kenyataan Rakyat Prihatin Terhadap Old Town White Coffee #respect


Pertanyaan Dan Minta Penjelasan Bukannya Serangan Bagi Pengetahuan Rakyat Khususnya Beragama Islam

Salam Sahabat2 Yang Saya Hormati.

Isu Sijil Halal Old Town White Coffee Kini Kembali Panas, Bila Saya Menanyakan Soalan Saya Pada YB Ngeh Koo Ham Di Laman Twitter. Saya Menanyakan Soalan tersebut Atas Dasar Tanggungjawab Saya Sebagai Seorang Islam.

Tetapi Yang Pelik Nya Ada Segelintir Penyokong2 Politiknya Marah Saya Menanyakan Soalan Tersebut. Setahu Saya , Soalan Tersebut Bukan Pun Bentuk Serangan Tapi Lebih Daripada Mahukan Penerangan.


Berkali2 Beliau Mengeluarkan Kenyataan Yang Menguriskan Hati Umat Islam Di Malaysia Pada Yang Mengamuk dan Marah2 Mengenai Soalan Sijil Halal Old Town White Coffee Tu, Adakah Dengan Mendiamkan Diri Dan Peluk Tubuh Cara Nya Hanya Kerana Kepentingan Politik Atau Sama2 Mencari Kebenaran Isu ini.
Ada pula yang kata ada yang dah dapat sijil halal disetengah-setengah premis, soalan saya kembali..Saya mahukan 100% Old Town White Coffee mempunyai Sijil Halal, Bukannya 5%,10%,20%,30% Atau 50% Tapi 100% Premisnya di Seluruh Negara Harus Mendapat Sijil Halal.

BOIKOT SELAGI BELUM 100% PRESISNYA ADA SIJIL HALAL

Jadi bagi saya,selagi pihak mereka tidak melaksanakannya ianya menjadi kewajipan kita untuk tidak mengunjung premis-premis mereka malah BOIKOT nya demi kepentingan agama islam.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Sentiasa mencari yang halal.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Rakyat Yang Perihatin

Sumber : Armand Azha Evolusi Anak Muda & Rezqeen Hill

PM Ucap Tahniah Kepada Calon!

PM-Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.  Manifestasi demokrasi yang berhemah.  Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universit dan negara" ujar beliau.

Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan.  Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.
Keputusan itu berdasarkan pengiraan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013
Universiti-universiti yang dimenangi oleh Pro-Aspirasi ialah:


  • Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi – 50; Pro-Aspirasi menang – 50
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi – 31; Pro-Aspirasi menang – 31
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi – 27; Pro-Aspirasi menang – 25; Pro-M – 2
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi – 28; Pro Aspirasi menang – 28
  • Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M menang 8
  • Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi – 36; Pro-Aspirasi menang – 34; Pro-M menang – 1; Bebas – 1
  • Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi – 13; Pro-Aspirasi menang – 13
  • Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi – 45; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M – 3; Bebas – 1
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
  • Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi – 29; Pro-Aspirasi menang – 24; Pro-M – 4; Bebas – 1
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 22; Pro-M – 2
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi – 20; Pro-Aspirasi menang – 18; Bebas – 2
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang – 36; Pro-M – 2
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 10; Pro-M – 1; Bebas – 3
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi – 54; Pro Aspirasi menang – 48; Pro-M – 6
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 14

Sementara itu, satu-satunya universiti yang dimenangi secara jelas oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila mereka memenangi 19 daripada 28 buah kerusi yang dipertandingkan
Di UKM, Pro-Aspirasi hanya memperolehi 9 kerusi.
Di Universiti Malaya pula yang menawarkan 41 kerusi, Pro-Aspirasi menang 21 buah kerusi manakala Pro-M pula memenangi 20 kerusi

Ucapan tahniah sekali lagi kepada anak-anak muda sekalian yang dilihat sebagai teraju negara ini pada masa hadapan.


Thursday, September 27, 2012

Anwar&Sekutunya selesai siap "Bajet Atas Angin"

"Bajet atas angin" atau bajet kosong Pakatan Pembangkang baru siap.  Budget shadow pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong! Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.  Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq.

Admin cabar ANWAR laksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini.

 1. Turunkan cukai pintu 20% spt yg disebut dalam manifesto mereka.

2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di selangor seperti yg mereka janjikan dalam manifesto mereka.

3. Berikan pendidikan percuma kepada semua Pelajar UNISEL seperti yang mereka diwar-warkan untuk menghapuskan PTPTN.

Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, Anwar akan nobatkan sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.

Wednesday, September 26, 2012

Anwar boleh bayar sewa Jet RM96,000.


Untuk makluman pembaca, kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan
 bulan ini adalah RM96,000. Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets). Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional. Beliau juga tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat. Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Tuesday, September 25, 2012

Sebagai seorang Islam,Nizar sokong hina rasullullah?

Apa sudah jadi kepadaa Nizar?


Pasti kebanyakkan orang Islam terutama di luar sana yang terkejut dengan tindakan DS Hj Ir.Mohamad Nizar Jamaludin bekas MB Perak yang enggan menurunkan tandatangan bantahan penghinaan ke atas Rasullullah SAW.. (sumber Buletin Utama TV3).
Bukan untuk memfitnah beliau tetapi sudah terang dan jelas sikap sebenar Si Nizar ini yg disiarkan ibarat seperti menyokong Pengerusi DAP Perak Koo Ham baru-baru ini.  Beginikah sikap pemimpin Islam yang perlu kita sokong??
Hanya perlu turunkan tandantangan menyokong bantahan penghinaan ini sahaja, itupun beliau enggan??  Adakah beliau hanya mahu menurunkan tandatangan untuk perjanjian tanah untuk 999 tahun sahaja??
Nauzubillah...

"La ni kita tunjuk kemewahan kpd rakyat"-Anwar

Itulah sikap Si Anwar Ibrahim bersama-sama juaknya dalam menyakinkan rakyat bahawasanya Pakatan Pembangkang sudah sedia dan mampu untuk mentadbir negara ini.  Kali ini, lebih mengejutkan apabila Anwar Jet Peribadi Mewah pula ditayangkan bagi membeli undi rakyat marhaen.  Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN. 

Di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George Soros daripada Yahudi itu?  Tian Chua bersama pemimpin Pas nampak teruja dan tersipu(konon malu) bila menaik jet ini..
Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya. Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya? Anwar oh Anwar..!!!
 

Saturday, September 22, 2012

Pelancaran UTC(Pusat Transformasi Bandar), Pudu Sentral oleh DS Najib Tun Razak

"Janji ditepati"...Terima kasih PM.

Awal pagi ini Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Transformasi Bandar atau lebih dikenali sebagai Urban Transformation Centre (UTC).  Majlis pelancaran ini diadakan di Pudu Sentral atau sebelum ini dikenali sebagai Puduraya.  Turut hadir pada pelancaran ini, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  UTC diwujudkan bertujuan menjadikan Pudu Sentral sebagai hub ataupun pusat badan-badan kerajaan di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Turut ada di dalam lokasi UTC ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Y Centre oleh Kementerian Belia dan Sukan serta turut ada di dalamnya 'klinik' Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), MARA, Pos Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pelbagai lagi pusat-pusat khidmat kerajaan di bawah satu bumbung ini.
Untuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).  Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika ini adalah:
Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
- Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)

Friday, September 21, 2012

Perhimpunan Aman Membela Islam

"We respect you, you respect us....!"
Itulah amaran keras yang dilaungkan oleh para pejuang Islam yang hadir di Demo Bantahan Aman Anjuran Pemuda UMNO Malaysia bersama NGO-NGO lain..Turut kelihatan memberi ucapan selain YB KJ, ialah D.Hasan Ali, D.Ibrahim Ali, YB Razali, dan juga Sdr.Lokman Adam..

Hampir 5 Ribu umat Islam dan pelbagai bangsa menghadiri perhimpunan aman ini yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.  Turut mendapat amaran keras ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang secara sinis mengutuk dan mempermaikan niat murni mereka untuk mengadakan demonstrasi aman ini.  Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Semoga Allah merestui perhimpunan ini.

Thursday, September 20, 2012

Demonstrasi Aman

"Kami bantah dengan sekeras-kerasnya filem Innocence of Muslim"....

Atas rasa cintakan kesucian Agama Islam & Nabi kita, Pemuda UMNO Msia dan beberapa NGO lain akan adakan Demontrasi Aman bantahan terhadap filem Innocence of Muslim yang menghina Rasullullah SAW dan Agama Islam di Masjid Kg.Baru selepas solat Jumaat esok (21/9/2012). Mohon hadir bagi sesiapa yang berkesempatan.
Allahuakbar!

Wednesday, September 19, 2012

Pengerusi DAP Perak Biadab!!

Kurang Ajar!!

Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut.
Siapakah dia? Tidak lain tidak bukan, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu
''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this?
(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?)," kata Koo Ham dalam laman Tweeternya.
Inikah pemimpin yang perlu disanjung? Beginikah sikap pemimpin Pembangkang yang diagung2kan oleh orang Melayu Islam dalam Pakatan?? "Tepuk Dada Tanya Selera"...

Pemuda UMNO ajak Pemuda PAS kecam Filem "Innocence Of Muslim"

Pemuda UMNO ajak Pemuda PAS bantah filem "innocence of muslims". Khairy Jamaludin merancang utk mempelawa Pemuda PAS untuk bersama-sama mengadakan demonstrasi bg isu ini. Beliau bcadang utk adakan demonstrasi pd Jumaat ini ttp belum putuskan lokasi sebenar bantahan tsebut. Beliau tidak mahu mempolitikkan isu ini ttp menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Msia bsatu mbantah pbuatan yg menyentuh sensitiviti kaum & mana2 agama pun.  
Oleh itu sebagai seorang Islam kita wajib sokong usaha murni ini demi perjuangan Alif Ba Ta...Diharap, jangan pula ada segelintir golongan yang cuba bersangka buruk tentang perkara ini..Allahuakbaaaar!http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com/b/post-preview?token=3uDr2zkBAAA.tQkpPfB2gAB2Ox0YN3d7Lg.5vOgs3kMImH2UD_WVVkl9g&postId=6576662741365569287&type=POST

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia 2012


Sempena Hari Malaysia di penghujung Syawal dan masih dalam sambutan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri dengan kembali kepada fitrahNya.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.  Ia telah ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut apabila ada segelintir rakyat Malaysia pada hari ini tidak menghargai Malaysia malah sanggup menjual maruah Negara ini. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai Hari Malaysia ini dapat memberi satu kesedaran kepada golongan generasi muda??? Apakah generasi muda sedar dan menghargai akan kewujudan Hari Malaysia yang selama ini memberi kesan sejarah kepada generasi lama..??  Hargailah para pejuang bangsa, keharmonian dan keamanan yang kita perolehi hari ini.  JANGAN mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yg cuba menjahanamkan Negara kita…”Tepuk Dada Tanya Selera”.