Tuesday, January 18, 2011

Ride For Gaza















Ride For Gaza

Baru-baru ini pada 16hb Januari 2011, Aman Msia@Peace Msia yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid telah menganjurkan satu program amal “Ride For Gaza”.

Kayuhan sejauh 17 km itu bermula di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya di Presint 3. Acara Kayuhan Gaza merupakan acara berbasikal amal anjuran Aman Msia dengan Perbadanan Putrajaya sebagai hos venue dan Acarakita Sdn.Bhd sebagai penyelaras acara.

Sebanyak hampir 800 orang peserta yang menyertai acara ini termasuklah bekas pelumba kebangsaan seperti M.Kumaresan, Nor Effandy Rosli, Tsen Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Musairi Musa dan Mahazir Hammad.

Selain itu ianya juga turut disertai oleh penuntut universiti, pelajar sekolah, pelumba amatur dari pelbagai kelab, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk sekitar.

Pengerusi Aman Msia, Datuk Ahmad Zaki berkata selain mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan di Gaza, kayuhan itu juga bertujuan terus meningkatkan kesedaran mengenai kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas di Gaza. Ini merupakan satu niat yang murni, untuk bantuan kemanusiaan rakyat dan kanak-kanak di Palestin selain menjadikan sukan berbasikal sebagai aktiviti gaya hidup sihat,” kata beliau.

Selain beramal, pihak Aman Msia juga turut mengadakan cabutan bertuah kepada para peserta dan hadiah-hadiah cukup menarik seperti 2 tiket penerbangan pergi dan balik yang disumbangkan oleh AirAsia X dan tiket-tiket ke Taman Tema Genting sumbangan Genting Msia Bhd.

Saturday, January 15, 2011

Niat jahat Laman web Malaysian Instinct

Zaki Zahid bukan nama besar dalam politik tanah air tetapi cukup untuk menduduki tangga top 10 sewaktu pemilihan Pemuda UMNO Malaysia dan beliau juga adalah Ketua Pemuda UMNO Putrajaya merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Zaki Zahid juga adalah Pengerusi kepada badan NGO - AMAN MALAYSIA .

Penglibatan beliau dalam politik UMNO amat aktif walau sibuk dengan tugasan harian sebagai Eksekutif Direktor kepada sebuah GLC yang berjaya, MRCB.

Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Zaki Zahid mempunyai hubungan yang rapat dengan semua kepimpinan UMNO Malaysia termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Khairi Jamaluddin. Beliau juga bekerjasama dengan erat serta rapat dengan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kenyataan oleh sebuah laman web nyanyuk baru- baru ini yang mengatakan bahawa Zaki Zahid cuba untuk mengambil alih kedudukkan Tengku Adnan adalah satu kenyataan yang bodoh,tidak berasas dan semestinya perkara yang bodoh sekira ianya mahu dilakukan oleh seorang ahli politik yang matang. Kenyataan laman web Malaysian Instinct yang berniat jahat ini kemungkinan mempunyai dendam peribadi atau agenda orang yang tertentu(anjing suruhan) sememangnya merupakan satu agenda yang jahat untuk menjatuhkan nama Zaki Zahid, memporak-perandakan institusi pemuda umno putrajaya khususnya serta cuba melaga-lagakan hubungan yang baik dengan ketua bahagian putrajaya.

Seperti diketahui ramai khususnya pelayar laman web, Zaki Zahid akan menganjurkan satu program besar di Putrajaya melalui AMAN MALAYSIA iaitu sebuah program amal yang akan mengumpul dana untuk Palestin. Program ini mungkin akan melonjakkan namanya dan kerana niat jahat dan agenda tertentu laman web yang berniat keji seperti ini sengaja mahu memburukkan nama Zaki Zahid. Isu yang dimainkan oleh laman web ini adalah isu yang basi. Ini jelas membuktikan bahawa mereka ini tidak mempunyai isu untuk dimainkan tetapi berniat jahat kepada Zaki Zahid.

Jika inilah cara Malaysian Instinct memainkan isu, jelas laman web ini sebenarnya tidak berkualiti dan penulisnya juga tidak berkredibiliti. Eloklah kita selaku penyokong UMNO memboikot laman web ini dan kepada mereka-mereka yang terlibat@bersetongkol dengan fitnah ini, hentikanlah. Tidak ada faedahnya dan hasil yang diperolehi untuk diberi kepada keluarga anda juga tiada keberkatannya.

Setelah gagal memburukkan Rais Yatim dengan isu amah kini mereka ini cuba memburukkan Zaki Zahid pula. Hentikan fitnah anda kerana kami semua sayang kepada UMNO. Anda hanya seorang blogger yang cari makan dengan menulis.