Tuesday, June 1, 2010

Memorandum Bantahan Terhadap Israel.


Memorandum Bantahan Terhadap Israel

Pergerakan Pemuda UMNO Msia telah menghantar satu memorandum bantahan terhadap kekejaman Rejim Israel di Pejabat PBB di Jalan Dungun, Bukit Damansara pada pagi tadi. Ia turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Zaki bersama beberapa Exco yang lain.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan satu kejadian dimana satu serangan telah dibuat oleh tentera Israel terhadap sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza. Ini termasuklah seramai 12 orang rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal Mavi Marvara tersebut.

Menurut Datuk Zaki, “Saya mewakili seluruh umat Islam khususnya menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini. Ini menunjukkan betapa mereka(Israel) ini langsung tidak menghormati undang-undang antarabangsa. Ini kerana mengikut undang-undang antarabangsa, sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan terhadap konvoi kemanusiaan seperti ini. Ia juga akan mengakibatkan ancaman dan kehilangan nyawa bagi mereka yang tidak berdosa” katanya lagi..

(Gambar sekitar penyerahan memorandum tersebut)