Tuesday, July 6, 2010

Rally 1Malaysia


Pada 12/6/2010 seramai hampir 80 orang Putera Putrajaya bersama PSU Pemuda UMNO Putrajaya telah pergi ke Program Pelancaran Rally 1 Msia yang telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Mewakili kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan masyarakat di negara ini, golongan belia barangkali adalah kumpulan yang paling tepat untuk menjayakan sepenuhnya aspirasi yang dibawa menerusi gagasan 1Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi program itu, Pemuda BN berharap dapat menjadi pendukung utama kepada gagasan 1Malaysia dan membantu kerajaan menyampaikan mesej murni di sebaliknya kepada generasi muda.

Ia disasarkan kepada belia dengan pemikiran dan sikap terbuka yang berfikiran melangkaui batasan ideologi politik. Ini kerana program ini mempunyai matlamat yang cukup jelas iaitu menyemai semangat cintakan negara seperti yang ditekankan oleh gagasan 1Malaysia.

Gagasan itu sendiri adalah gagasan yang lebih besar daripada kepentingan politik kerana ia meliputi semua kelompok masyarakat.

Justeru, sebagai penganjur, Pemuda BN tidak pernah mensyaratkan hanya belia yang menyokong BN sahaja layak menyertai program ini.

Tetapi orang ramai perlu jelas bahawa program ini adalah satu bentuk perubahan yang dibawa oleh Pemuda BN dalam haluan nasionalisme yang lebih besar untuk semua rakyat Malaysia. Pemuda BN yang mencetuskan konsep Rally 1Malaysia ini, mahu menjadi pendukung kepada idea tersebut.
Selain itu, pada program ini Badan NGO seperti Aman Malaysia yang diPengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid juga turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran dalam memperjuangkan isu Palestine.