Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama barisan kepimpinannya telah mengadakan suatu program dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang upaya, ibu/bapa tunggal, dan pesakit kronik.
Berpandukan senarai nama yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya, bantuan berupa barang-barang keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka semua.
Penulis sempat menemubual Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, “Memang aktiviti seperti ini sudah lama saya rancang. Alhamdulilah, akhirnya di bulan yang mulia ini terlaksana jua. Kita akan
Berikut ialah sedikit coretan kenangan untuk dikongsi bersama: