Tuesday, November 2, 2010

Perhimpunan Agong UMNO 19-21 Oktober 2010






Pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 19-21 Oktober lalu di PWTC, Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah menghantar 4 orang perwakilan selain KP, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan NKP Sdr.Hisamudin Yahya yang terdiri daripada Sdr.Anuar(Orkid), Sdr.Azhar(Daisy), Sdr. Zach(Teratai) dan Sdr.Hamizu(Jenjarum).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, selain membangkitkan kepincangan pentadbiran negeri yang ditadbir oleh parti gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anggota pergerakan itu perlu menampilkan imej baru.

Gerakan kita juga lebih tertumpu kepada usaha menarik perhatian pengundi muda. Selain itu kita mahu menunjukkan walaupun kita masih lagi memperjuangkan dan menjadi juara kepada isu-isu Melayu, kita tetap membawa isu semua rakyat dan menguatkan lagi semangat 1Malaysia," katanya.
Sementara itu, berdasarkan senarai topik dan pembahas yang dikeluarkan oleh Pemuda Umno di sini hari ini, sebanyak 30 isu, termasuk konsep 1Malaysia, Model Baru Ekonomi (MBE) serta isu pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan pelabelan pemimpin Umno sebagai pemimpin perkauman, turut dibangkitkan.

Turut disentuh ialah mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November. (Berikut ialah gambar kenangan sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2010)