Monday, October 29, 2012

UMNO Bah.Bandar Tun Razak Terus Disabotaj

Kesian betol UMNO Bandar Tun Razak, KL ni. Sudah beberapa kali disabotaj, baik dari segi kerja-kerja usahasama dengan penduduk, kain rentang, sepanduk dan juga harta benda milik UMNO.
Kali ini yang menjadi mangsa, van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak.
Mungkin van ini banyak jasanya kepada penduduk sekitar Bandar Tun Razak sehingga dicemburui oleh si pelaku.
Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut.


Tidak memeranjatkan hari ini UMNO disabotaj begitu teruk di Bandar Tun Razak kerana parti ini sangat disenangi oleh rakyat di bahagian ini dan jika hendak dibandingkan dengan parti yang mendominasi kawasan Parlimen 124 ini, sememangnya seperti jauh panggang dari api.