Wednesday, April 17, 2013

Calon Baru BN-33% Parlimen, 49% DUN #PRU13 #TolakPR #Vote4BN



Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ujarnya, walaupun BN meletakkan calon-calon baru namun ia masih membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada sebagai wakil kerajaan atau wakil rakyat.

"Ini adalah kerana imbangan daripada pengalaman amat penting sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan sebagai sebuah parti dengan mandat yang baru bagi menubuhkan kerajaan akan datang tetapi kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.