Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir Batin @NajibRazak @Khairykj @putrajaya_13 @razlanrafii @TengkuAdnanreal


Assalamualaikum WBT..Salam Aidilfitri, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Dikesempatan hari ini, 1 Syawal penulis ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh rakan-rakan yang beragama Islam di seluruh negara.  Tidak lupa juga kepada yang bukan Islam, marilah kita sama-sama menyambutnya dengan mengunjungi sahabat handai yang meraikannya.  Dalam kita hidup di dalam sebuah negara yang tercinta ini, marilah kita sama-sama menghormati kepercayaan, sensitiviti agama dan kaum yang ada di Malaysia ini.  

Janganlah kerana demi kepentingan politik, ada pula pihak yang cuba merosakkan keharmonian berbilang kaum di negara ini.  Keamanan dan kebahagian yang kita semua bangsa kecapi hari ini adalah titik peluh perjuangan tokoh-tokoh negara kita yang terdahulu yang terdiri dari pelbagai bangsa.  Justeru, hormatilah di antara satu sama lain.

Dalam kita bergembira di bulan Syawal ini, jangan dilupakan juga tentang keselamatan ketika di jalan raya.  Begitu juga tahap kesihatan haruslah dijaga.  Ingat, berhenti makan sebelum kenyang... Insyallah sihat walafiat.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin diatas segala kesilapan dan kesalahan penulis.

p/s: Lepas raya ni pasti hangat dengan pelbagai cerita dan topik..tungguuuu