Monday, September 9, 2013

TERKINI: Yayasan Ehsan Seputeh (YES) bakal muncul sebagai tempat berteduh? @razlanrafii @putrajaya_13 @NajibRazak


Pengasas Yayasan Ehsan Seputeh(YES) memberi sumbangan kepada anak2 yang bernasib malang
Apa itu YES? YES yang penulis maksudkan ini bukanlah YES 4G kepunyaan YTL Corporation dan ini juga tiada kaitan dengan broadband. Yayasan Ehsan Seputeh (YES) yang penulis maksudkan ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan dan diasaskan oleh Datuk Mustapa Kamal hampir setahun lalu. Objektif YES melaksanakan aktiviti² positif bg melahirkan masyarakat yg mampan, berilmu, bertaqwa dan mempunyai jati diri membela agama, bangsa & negara. Matlamat utama ialah utk mewujudkan pusat dialisis / fisioterapi bg mbantu golongan yg berpendapatan rendah menjalankan rawatan secara percuma atau diskaun.


YES ini juga telah menjalankan beberapa program kebajikan dan pendidikan utk semua kaum di parlimen Seputeh & Wilayah Persekutuan KL khususnya. Untuk makluman pembaca, YES telah berjaya wujudkan Akademi Tahfiz di Surau Penghulu Mat / 24 org pelajar dari seluruh M'sia / 4 org Mudir / cuba utk menaik taraf menjadi Kompleks Akademi Tahfiz yg serba lengkap dan moden diberi nama Akademi Tahfiz Darul Abrar. Contoh aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Bantuan Anak Gelandangan / Bantuan Mangsa Bencana Alam / Bantuan Awal Persekolahan dan Penyampaian Notebook (paparan gambar sebahagian aktiviti).

Oleh itu, penulis ingin menjemput seluruh pembaca untuk hadir ke Majlis YES seperti yang tertera:

Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu) 

Masa : 8.00 Malam 

Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur 

Perasmi : YAB Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM)

Selain itu, mana² pihak yg berminat utk menghulurkan bantuan kewangan juga amatlah dialu-alukan.

Bayaran Kepada : Yayasan Ehsan Seputeh 

Nama Bank : Maybank Cawangan Jalan Klang Lama 

No. Akaun : 5141 1444 6487


Apa tunggu lagi?  Jom ramai-ramai hadir pada tarikh seperti yang tertera bagi mengetahui dengan lebih lanjut apa yang YES boleh bantu anda dan masyarakat di tempat anda!!