Saturday, November 30, 2013

Ketua Pemuda UMNO WP yang baru-Tahniah @razlanrafii @TengkuAdnanReal




Nama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii merupakan nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia politik tanah air terutama di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang dikenali kerana kelantangan membahaskan isu-isu semasa dan memperjuangkan nasib Bumiputera di Kuala Lumpur yang tersepit antara pembangunan dan survival hidup di ibu kota Malaysia ini.
Lantikan beliau yang diumumkan pagi ini oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di hadapan barisan Exco baru di PWTC setelah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga merestui cadangan nama beliau.

Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh ini sememangnya calon yang paling layak untuk menerajui Pemuda UMNO WP khususnya bagi menghadapi PRU 14 akan datang.  Diharapkan, atas lantikan ini pemuda-pemuda UMNO WP dapat bekerjasama dan membantu beliau memperjuangkan nasib orang-orang muda Melayu di bandar ini.

Mungkin ada beberapa pihak yang belum mengenali beliau secara mendalam. Cara yang paling mudah, kenali beliau dengan membuat carian di Google dan lihat artikel-artikel di dalam surat khabar yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Kepada 'bos', saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan perjuangan walaupun dikecam oleh Pembangkang.