Sunday, December 1, 2013

Biro Media Baru Pemuda UMNO Msia, Kehadapan Bersama @ibdil @umbkl @Khairykj @putrajaya_13 @razlanrafii


"Ketahuilah bahawa akar umbi kita merupakan pasak UMNO dan saf Pemudanya pula adalah benteng yang menghadap segala badai cabaran yang melanda" - Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, saya Ibdilillah Ishak telah dilantik oleh YB Khairy Jamaluddin @khairykj untuk memegang amanah sebagai Pengerusi Biro Media Baru. Pertamanya, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf andai kata pernah tersalah bahasa sepanjang saya menjadi Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional dahulu. 

Saya juga dikesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima atas khidmat & usaha sahabat-sabahat saya dalam parti UMNO ini terutamanya bloggers-bloggers dan cyber-troopers yang telah banyak menyumbang bakti dan keringat bagi memperjuangkan nama UMNO sehingga kini. Dari dahulu sehingga hari ini, teguhnya Pemuda UMNO disebabkan semangat setiakawan yang kukuh di antara saf kepimpinan dengan akar umbi.

Oleh sebab itu, di masa yang mendatang, selaku Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia, saya berharap kita semua akan maju kehadapan bersama-sama dengan akar umbi. Dengan ikhlas hati saya berharap semua individu yang terlibat berjalan bersama saya, bekerjasama untuk mempertahankan UMNO demi masa depan agama, bangsa & negara.