Monday, June 3, 2013

PANAS: Razlan gesa pihak berkuasa ambil tindakan hina Agong!

Razlan (ditengah-tengah) memberi komen kepada para wartawan
Pergerakkan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Sdr. Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Seputeh dengan ini, membuat laporan polis di IPD Dang Wangi,KL agar tindakan tegas dapat diambil kepada sesiapa yang menghina DYMM Yang Di Pertuan Agung.

Penderhaka terbaru, Melissa Gooi adalah seorang warga negara Malaysia yang kini bekerja sebagai Marketing Manager bagi product Lancome, di L'Oreal Malaysia.  Mendapat pendidikan awal di Macquerie University, Australia dan sebelum itu di Inti College Pulau Pinang.

Beliau dan rakan-rakan di dalam Facebook telah menghina YDP Agong dengan membuat "assumption" bahawa ucapan DYMM YDP Agong adalah pro-kerajaan.


Perbualan beliau di FB bersama rakan2 Cina laian sangat kurang ajar.  Antara fitnah yang dijaja adalah:
  1. YDP Agong telah dibayar dan duit dimasukkan ke akaun Switzerland
  2. Membuang masa ucapan DYMM YDP Agong
  3. Mempersoalkan kewujudan institusi Kesultanan di dalam Negara
Oleh yang demikian,

  1. Pemuda UMNO WP mengutuk apa sahaja perbuatan dan perbualan yang menjurus kepada penghinaan Institusi Raja-raja, Sudah 56 tahun kita Merdeka. Orang2 Cina seharusnya faham dan menerima Institusi Raja di dalam hat dan sanubari mereka
  2. Pihak berkuasa seperti SKMM dengan kerjasama PDRM diminta menyiasat perkara ini agar dapat diambil tindakan untuk menjaga Kedaulatan Raja-raja Melayu.  Dan ini untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk senantiasa menghormati Institusi Raja Melayu.
  3. Pihak Kerajaan melalui Kementerian2 yang terbabit, haruslah mengambil langkah pandang jauh untuk memartabatkan semula Institusi Raja-raja dengan mengadakan promosi SAYANGKAN Raja-raja Melayu agar rakyat dapat merasai dan menanam rasa sayangkian Raja Berpelembagaan.