Monday, May 26, 2014

Calon BN lebih layak & berpengalaman @tunfaisal @PPUMOnline @putrajaya_13 #PRKTelukIntan


Pilihlah calon tempatan dan yang berpengalaman!  Itulah harapan aku buat seluruh pengundi di #PRKTelukIntan dan aku juga  berharap pihak pembangkang tidak menggunakan isu usia dalam meraih undi pengundi Teluk Intan.

Walaupun beliau lebih berusia daripada calon DAP, Dayna Sofya, 27,tetapi daripada segi kematangan dan pengalaman politik beliau 'lebih muda' daripada Dayna.


"Di sini saya ingin betulkan fakta-fakta yang setiap malam pembangkang mainkan.

"Iaitu perlawanan antara muda menentang tua, saya bukan terlalu tua, 53, tahun baru, ianya masih boleh dianggap muda, oleh itu saya rasa, saya masih boleh berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Selain itu, aku juga menyeru agar pengundi Teluk Intan memberi peluang semula kepada beliau untuk menjaga Teluk Intan.

"Jika diberi peluang wakili BN,saya akan membuat lebih untuk Teluk Intan.

" Jadi saya berharap sangat pengundi di Teluk Intan dapat memberi saya peluang sekali lagi," katanya.