Tuesday, May 6, 2014

Demo #GST tapi....?? @putrajaya_13



Apa lagi yang mereka tidak puas hati sehingga turun berdemontrasi lagi hari tu macam orang yang tiada tamadun.

Lihat baju yang dipakai oleh pendemo depan Dataran Merdeka. Tertera apa yang diminta oleh mereka.

Berikut huraian / dalil setiap perkara yang tertulis di belakang baju mereka.

#1. Gaji minima sudah dilaksanakan mulai 01/01/2014. Mereka baru minta gubal? Penyokong Pakatan ternyata ketinggalan maklumat atau mungkin duduk di luar kawasan liputan kot.

#2. ISA sudah dimansuhkan. Kita niat baik tapi mereka salah guna untuk ganggu Kuala Lumpur hari ini. Bila dah digugurkan akta tersebut, mereka cuba buat perkara yang mencabar kedaulatan negara. Ada yang cadang untuk kembalikan Akta itu.

#3. Barisan Nasional (BN) dalam Akujanji PRU13 berjanji akan bina 1 juta rumah mampu milik dalam 5 tahun. Siap offer RM30,000 dalam projek MyHome untuk rakyat mudah memiliki rumah. Cer usha buku Jingga, hanya 150 ribu rumah dicadang dibina dalam 5 tahun. Jauh benar beza angka itu.

#4. Harga barang naik antara sebabnya peniaga-peniaga tertentu secara senyap adakan sabotaj ekonomi. Ada pembekal merupakan orang di belakang tabir memonopoli harga barangan. Namun kadar inflasi 3.4% masih terkawal sebab BN terus jaga ekonomi dengan baik.

#5. Pilihanraya Majlis Tempatan strategi pihak Pakatan sebab mereka yang sudah senang dan jadi rakyat kelas pertama di negara ini dengan menguasai bandar-bandar utama di negara ini. Mereka hendak terus berkuasa untuk kepentingan diri sendiri.

#6. Mana ada lagi pengswastaan khidmat asas? TNB, Prasarana, KTMB, MAS semuanya GLC, milik Kerajaan Persekutuan. Apa yang mereka ni mabuk sangat?

Pakatan ternyata membohongi dan membodohkan rakyat. Mereka sedar ker tidak perkara-perkara ini?

* mana cerita pasal GST ?

Pendemo merusuh dan menyerang media.