Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia 2012


Sempena Hari Malaysia di penghujung Syawal dan masih dalam sambutan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri dengan kembali kepada fitrahNya.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.  Ia telah ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut apabila ada segelintir rakyat Malaysia pada hari ini tidak menghargai Malaysia malah sanggup menjual maruah Negara ini. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai Hari Malaysia ini dapat memberi satu kesedaran kepada golongan generasi muda??? Apakah generasi muda sedar dan menghargai akan kewujudan Hari Malaysia yang selama ini memberi kesan sejarah kepada generasi lama..??  Hargailah para pejuang bangsa, keharmonian dan keamanan yang kita perolehi hari ini.  JANGAN mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yg cuba menjahanamkan Negara kita…”Tepuk Dada Tanya Selera”.

Wednesday, September 12, 2012

Rakyat saman MB Selangor??

Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman terhadap tiga pihak bagi mendapatkan tunggakan subsidi air berjumlah RM405,270 di bawah skim air percuma yang dijanjikan kerajaan Pakatan Ra
kyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Tiga pihak yang dinamakan sebagai defendan itu ialah kerajaan negeri Selangor selaku defendan pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar kecil) (defendan kedua) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai defendan ketiga. Seorang penduduk Pangsapuri Seksyen 7, di sini, Sahari Basri, 65, selaku plaintif bersama 710 pengguna air di negeri itu, memfailkan tuntutan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners. Kira-kira 100 pengguna air, ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hadir mengiringi pengguna air di negeri itu dan peguam, Kamarudin Ahmad.
 Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, semasa tempoh berkempen untuk pilihan raya pada Mac 2008, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat di negeri itu untuk memberikan air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik sekiranya defendan pertama menang pilihan raya tersebut. berdasarkan manifesto defendan pertama tersebut, setiap pengguna air domestik di negeri itu yang mempunyai akaun bekalan air dengan defendan ketiga layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 sebulan, tidak kira sama ada pengguna menggunakan meter air individu atau pukal.

Tuesday, September 11, 2012

George Soros Dendam Malaysia

Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini. Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998. Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini. Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.

Sunday, February 26, 2012

YB Menteri bersama Kepimpinan UMNO Putrajaya




Sesi lawatan olh YB Menteri WP ke Putrajaya telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan rakyat..YB Menteri turut disambut oleh Ahli Parlimen putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan bersama Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid dan beberapa orang lagi kepimpinan umno di putrajaya...

Sunday, November 6, 2011

Majlis Korban 2011









Majlis Korban Ahli Parlimen Putrajaya.

Alhamdullilah rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT, ahli parlimen Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah bermurah hati memberi hampir 42 ekor lembu untuk dikorbankan dan seterusnya memberi sedekah kepada penduduk2 disekitar kawasan Putrajaya.

Ini merupakan antara acara tahunan yang dilakukan oleh beliau demi menjaga kebajikan rakyatnya. Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaki. Mudah2an ibadah korban ini mendapat keberkatan dari yg maha Esa.