Saturday, October 6, 2012

Sekutu NED Mahu Hancurkan Malaysia

NED (National Endowment for Democracy) yang ditunjangi oleh George Soros dan beberapa pemimpin lain ada niat untuk menghancurkan Malaysia.  Dengan didalangi oleh beberapa orang pemimpin "NGO" dan parti pembangkang, usaha awal ini dilihat dengan menaja dana yang cukup besar untuk bergerak di dalam negara kita.



Motto mereka "supporting freedom around the world" hanyalah helah dan tipu muslihat mereka semata-mata untuk menghancurkan negara.  Mereka sebenarnya menggalakkan demonstrasi jalanan dan huru-hara untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan.  Justeru penulis mohon agar kita rakyat Malaysia menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekiranya terbukti menerima pembiayaan dana asing.  Kita tidak boleh membiarkan dua entiti tersebut sewenang-wenangnya melakukan agenda tersirat pihak asing yang mahu melihat negara ini hancur dan porak-peranda.  
Pendedahan yang dilaporkan kebelakangan ini menunjukkan dana asing itu diperoleh daripada pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.


Pihak tidak bertanggungjawab itu juga dilihat mengambil kesempatan menghentam kerajaan disebabkan tiada undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Pada pandangan penulis, Malaysiakini dan Suaram juga dilihat TIDAK mempunyai agenda membaiki budaya politik negara sebaliknya menggunakan alasan seperti kebebasan dan hak asasi untuk menghancurkan negara.
“Saya berpendapat mereka ini seperti pelampau politik berniat menghancurkan sistem politik negara,



Friday, October 5, 2012

Sdr.Rozi Husin Dalam Kenangan..Al-Fatihah

Salam buat semua rakan. Pagi ini Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya dikejutkan dengan kematian Sdr.Rozi Husin AJK Pemuda UMNO Bah merangkap KPC Pakma di Hospital Ptjy. Arwah sebelum ini telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Putrajaya kerana masalah "pneumonia & underlying obesity".  Jenazah telah dibawa ke Pasir Mas utk disemadikan.   Sebelum ini arwah merupakan antara orang yang aktif dalam Pergerakan Pemuda dan atas masalah kesihatan arwah terpaksa berehat dan menyokong setiap aktiviti daripada belakang.  Arwah juga sangat disenangi lebih-lebih lagi apabila beliau memegang jawatan sebagai Guru Kaunseling di sekolah Putrajaya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Justeru itu, Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya menjemput seluruh rakan-rakan yang mengenali arwah Sdr.Rozi Husin yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi, ke Majlis Tahlil Arwah di Surau Al-Hidayah, Putra Harmoni (Flat Hijau) Precint 9 esok (6/10) selepas solat Isyak. Harap maklum. Moga roh ditempatkan bersama org2 beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, October 3, 2012

Konvoi Royalti "R" Hambar&Ganggu Mahkamah Putrajaya

Tetamu tidak diundang sekali lagi cuba mencemari keindahan waktu pagi di Putrajaya.  Sudahlah warga Putrajaya sibuk hendak ke tempat kerja ketika itu, tiba-tiba dicemari pula oleh segelintir pihak yang datang ke Putrajaya semata-mata mahu menarik perhatian dan tumpuan.

Siapakah yang berkaca mata hitam itu? kelihatan seperti Chegu Bard. Mungkinkah??

Bersolat di perkarangan Mahkamah Putrajaya



Hal ini berlaku di perkarangan Mahkamah Putrajaya pagi tadi.  Orang ramai terpinga-pinga apakah yang berlaku?  Kenapa mereka solat di kaki lima? Sedangkan Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) tidak jauh dari situ.  Hanya 10 minit kalau berjalan kaki.  Lantas tindakan polis berjaya mengawal keadaan supaya mereka segera beredar.  Seperti yang dimaklum, konvoi ini sebenarnya didalangi oleh Ketua-ketua Parti Pembangkang yang sememangnya sudah lama teringin hendak merampas Putrajaya.

Tuesday, October 2, 2012

Wanita Pencetus Ekonomi Baru


PM memberi galakkan supaya lebih ramai wanita kembali ke pasaran kerja dalam ucapan beliau pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012.  Dengan bertemakan "Wanita Pencetus Ekonomi Baru" ujar PM amatlah rugi wanita, kita berbelanja besar hantar belajar tinggi-tinggi di universiti tetapi lepas itu mereka berhenti kerja.  
Oleh itu pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk membolehkan golongan wanita ini kembali ke pasaran kerja di negara ini.

Beliau berkata walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan itu merupakan satu kerugian kepada negara.
Perdana Menteri berkata hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga.



Monday, October 1, 2012

BOIKOT OLD TOWN WHITE COFFEE!

BOIKOT OLD TOWN WHITE COFFEE!



Peringatan kepada seluruh umat Islam..Jangan lagi singgah di OLD TOWN WHITE COFFEE!  Ini kerana status halal 100% bagi kopitiam ini amatlah diragui sehingga ke hari ini.  Belum ada lagi pihak yang mengesahkan status halal premis ini.  Sebelum ini, penulis pernah memaparkan perihal Old Town White Coffee yang pernah dibangkitkan oleh Sdr Armand Azha Hj.Abu Hanifah di mana pemiliknya Ngeh Koo Ham, secara terus terang di laman tweeternya memperlekehkan isu halal ini yang walaupun isu minuman kopi yang dijual di premis ini.  Harap kita semua sebagai orang Islam prihatin sementara pihak yang berkenaan sedang menjalankan siasatan.