Tuesday, April 2, 2013

Tun Daim: Yakin pakatan rakyat akan tumbang di PRU13 #BNBagus #BN4Malaysia


Dalam wawancara bersama akhbar China Press, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13.

· Selain yakin dengan PM & BN, Tun Daim sasar BN menang majoriti lebih besar dalam PRU13

· Tun Daim percaya BN ada peluang rampas semula Selangor dan Kedah.

· Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.


Monday, April 1, 2013

MB Kedah: "Janji Kerajaan Selangor Tambah Derita Rakyat"


Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.
“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Formula 'Gila' Rafizi bakal bankruptkan Negara #ManifestoBukanJanji #HujahTurunkanHargaMinya





Walaupun dikecam hebat, Pakatan Rakyat tetap mahu menurunkan harga kereta seperti dalam ManifestoBukanJanji mereka sekiranya menang PRU13.

Ternyata formula gila Rafizi makan diri apabila:

23 Tahun PAS memerintah Kelantan, jangan sangka tiada maksiat! #GelombangMejrah #TukarKelantan



Imej Kelantan sebagai kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.

Terbukti:

@TengkuAdnanReal tegaskan BN tiada kaitan Video Seks



Tengku Adnan
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
 
Sambil menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah terlibat dalam mana-mana agenda seks bagi menjatuhkan pemimpin politik, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sanggup berpolitik sehingga melibatkan nama Rasulullah SAW.

Setiausaha Agung Umno dan BN ini berkata, perkara berkaitan agama dan baginda Nabi Muhammad SAW tidak sewajarnya dijadikan alat dalam hasrat untuk mengelirukan masyarakat.

“Tidak kiralah dalam apa jua keadaan perkara berkaitan kesucian agama Islam, hal-hal berkaitan akidah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah sesuatu yang tidak perlu dijadikan bahan politik,” kata beliau dipetik Umno Online hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya ini mengulas berkaitan kenyataan dikeluarkan Penolong Setiausaha 1 Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitter baru-baru ini.