Tuesday, September 3, 2013

Biadab di Ambang Merdeka? @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Inilah Melayu tak sedar diri!!!  Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini kelmarin dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Motto Hari Merdeka 56: @astroonline perlu peka, typo/sengaja ni?? @NajibRazak @shaberyc @putrajaya_13


Sikap sambil lewa..sikap acuh tak acuh..sikap seolah tiada rasa bangga hidup di negara Merdeka?? Apa ni ASTRO???

Monday, September 2, 2013

Filem Tanda Putera- @LokmanAdam kesal dengan segelintir pihak? @TheRealHanifah @amir_zuhair @putrajaya_13





Penulis kesal kerana ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Orang Melayu WAJIB tonton Tanda Putera terutama generasi muda @zizannin @putrajaya_13 @shaberyc @NajibRazak



Penulis pertama kali ingin mengucapkan tahniah kepada YB DS Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan & Komunikasi kerana atas usaha beliau filem ini berjaya ditayangkan kepada umum.
Penulis sendiri telah menonton filem ini dan bagi penulis, filem ini bukanlah filem 'kontroversi' seperti yang dipukul canang oleh sesetengah pihak.  Filem ini juga tidak mengajak/mengajar rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini supaya bergaduh antara satu sama lain serta filem ini juga TIDAK bersifat perkauman.
Ia adalah fakta dan sejarah negara yang berlaku sekitar zaman pemerintahan Tun Razak dan bagi penulis, message filem ini perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.  Sejarah ini hanya memberi kesedaran dan pengajaran untuk kita semua generasi baru ketahui betapa perit dan payahnya pengorbanan pemimpin2 kita terdahulu baik pemimpin Melayu, India, Cina dan lain2 demi memartabatkan Malaysia serta mensejahterakan semua kaum dan etnik yang ada.Penulis faham, kebanyakkan kita amat sukar untuk membaca buku sejarah kerana itulah penulis berpendapat filem ini WAJIB ditonton terutamanya oleh generasi baru  tanpa mengira kaum kerana message yang disampaikan cukup mudah dan penulis pasti mereka yang menonton filem ini dengan mudah boleh memahami sejarah-sejarah negara yang berlaku ketika era pemerintahan Tun Razak.
Oleh itu, rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu, sila tonton filem ini. Lihatlah sendiri bagaimana payah getirnya tok nenek moyang kita berjuang dan berkorban untuk negara.  BUKAN seperti Anwar dan sesetengah generasi yang buta sejarah hari ini hingga sanggup memecah belahkan kaum yang ada, menggangu-gugat keharmonian negara serta TIDAK menghormati perlembagaan dan institusi Raja dan Agama Islam.
Berikut ialah serba sedikit sinopsis filem Tanda Putera:
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor.

Tahniah juga kepada penerbit filem ini Shuhaimi Baba...

Filem Tanda Putera diharamkan di Pulau Pinang? DAPig penakut? @putrajaya_13 @melanablogger @aedilyana @shook1974


Baru-baru ini Exco DAP Negeri Pulau Pinang mengeluarkan 'fatwa' tentang penayangan filem Tanda Putera. Dalam 'fatwa' tersebut, Exco DAPig telah memutuskan untuk mengharamkan tayangan filem tersebut di pawagam-pawagam seluruh Pulau Pinang termasuk di Seberang Prai.