Thursday, February 28, 2013

Projek Mega Pakatan, ibarat "menghalau orang Melayu" secara halus #1Malaysia #TolakPR


Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.

Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.

Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan.

KANTOI: Ada "Sarip Dol" Samseng Kampung Dusun ugut bunuh blogger? #ManisfestoBukanJanji


Beberapa bulan sudah, penulis pernah memaparkan kisah seorang pemuda yg bernama Azizul b Mamat yg pernah mengutuk dan menghina kerajaan dan UMNO khususnya. Dia dan beberapa orang rakan yang lain sering membuat onak di Bandar Tun Razak (BTR) dengan mensabotaj banner-banner UMNO.  Kini, setelah beberapa bulan mendiamkan diri, muncul pula dengan kontroversi lain.

Manifesto PR (Pakatan Rosak) semanis kurma! #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Walaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik baru-baru ini, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.

Wednesday, February 27, 2013

Pengerusi UMBWP selar keceluparan Nik Aziz @BNPRU13 @umnoonline #1Malaysia #TolakPR


Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima.

Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.

Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.

Kenapa orang Islam sendiri sanggup gadai Kalimah Allah? #1Malaysia #TolakPR



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.