80,000 rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan sederhana akan dibina di Lembah Klang & Wilayah Persekutuan. 50,000 unit rumah akan dibina melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Manakala baki 30,000 unit rumah baki daripada itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Jaminan daripada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak harga seunit rumah lebih rendah sebanyak 20% - 30% daripada harga semasa pasaran. Beliau memberi jaminan semasa melancarkan PR1MA Alam Damai, di Bandar Tun Razak semalam.