Showing posts with label PRIMA. Show all posts
Showing posts with label PRIMA. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Pelancaran PR1MA Alam Damai - Perumahan mampu milik buat rakyat @NajibRazak #1Malaysia #BNbagus


PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon.