Wednesday, February 6, 2013

BL1M-Tiada 'orang tengah/ejen' (Jangan Tertipu) #BL1M #1Malaysia




Awas!! Ada pihak cuba "menangguk di air yang keroh" dalam perkataan mudah kaut untung dengan cara menipu dan menyamar kononnya mereka ini adalah orang tengah atau ejen bagi pihak #BL1M.
 

Taktik ini sebenarnya telah dikesan sebelum pelancaran BL1M oleh PM di Kedah lagi. Justeru itu, orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan fahami proses BL1M ini.



Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka.

Menurut Pengerusi BL1M, Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M.

''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen", kata beliau.


Berikut turut proses memohon BL1M :

1. Isi borang BL1M.
2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos)
3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. (rujuk gambar wang pos)
4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut.


Selanjutnya boleh rujuk di laman web rasmi www.bl1m.my