Tuesday, February 5, 2013

Terkini: Semak Keputusan #BR1M 2.0 Online #1Malaysia #MyBeautifulMalaysia



Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan diketahui bermula 10 Februari 2013. Para pemohonan BR1M 2.0 boleh membuat semakan masing-masing menerusi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010.

Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

Pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon,

"Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 tersebut.