Monday, February 18, 2013

Kenduri 1Wilayah, 1Malaysia - Hebat! @RajaNongChik @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR

Kelmarin telah berlangsung majlis Kenduri 1Wilayah yang diadakan serentak di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini.
Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 itu menerapkan konsep perpaduan dengan tema ”Perpaduan Teras Kejayaan Wilayah Persekutuan”, dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pantai Dalam di sini.


Parlimen Lembah Pantai

Raja Nong Chik berkata, majlis seumpama itu pertama kali diadakan serentak di seluruh Wilayah Persekutuan dan bakal mencipta rekod dalam ”Malaysia Book of Records” sebagai majlis kenduri terbesar yang diadakan serentak melibatkan 13 kawasan Parlimen.

"Kebanyakan penduduk yang bermaustatin di Wilayah Persekutuan berasal dari negeri lain, dan mereka membawa semangat perpaduan luar bandar seperti gotong-royong yang amat bermanfaat kepada penduduk bandar,” katanya.

Raja Nong Chik turut meluangkan masa melawat khemah pameran dan bermesra dengan penduduk sekitar Lembah Pantai yang menghadiri majlis tersebut.  Antara gambar yang berjaya di muat turun:
 
Parlimen Seputeh
 
Parlimen Putrajaya   


Parlimen Segambut