Wednesday, February 13, 2013

GEMPAR - Gambar lelaki tunjuk isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong #1Malaysia



Inilah lelaki yang dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, kelmarin.

Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada pihak polis kerana berjaya menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek,”

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.


Penulis: Mengapa hari ini sudah mula timbul bibit-bibit kebencian kepada sesuatu yang sekian lama kita hormati yang termaktub dalam Perlembagaan Negara? Isu Agama, Bangsa dan Kedaulatan Negara sering dicabuli. Salah siapa?