Wednesday, May 29, 2013

Inilah antara muka2 KURANG AJAR yang tidak hormati undang2 & kepimpinan negara




Inilah dia antara muka2 manusia/rakyat Malaysia yang kurang ajar serta biadap kerana tidak menghormati undang2 serta pihak berkuasa negara kita Malaysia.  Agaknya mereka ini bukan berasal dari Malaysia ke??? Atau tidak berminat untuk menjadi warga Malaysia lagi?

Kesemua mereka didakwa gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program.

Ong Eu Leong
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan strategik yang telah lama diatur untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Namun, perhimpunan itu semakin lesu kerana hanya dihadiri muka-muka yang sama dan pakatan pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kehabisan isu untuk mengheret rakyat dalam perjuangan peribadinya menguasai Putrajaya.

Penulis berpendapat, "beruk-beruk" ini semakin terdesak dan tidak berkemampuan untuk menunggu lagi lima tahun bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Paling ketara sekarang ialah Anwar pasti malu, dia telah memberi keyakinan kepada DAP dan Pas tetapi akhirnya mereka kalah. Bagi tutup malu, Anwar perlu tipu rakyat sekali lagi tetapi ternyata dia tiada bukti jelas untuk 'mendakwa' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeleweng keputusan PRU-13.

P/S: Ketua2 PR, tolong jangan main emosi rakyat dan heret mereka ke jalanan!!