Monday, May 20, 2013

Jangan contohi sikap CEO Melayu @azranosmanrani (Air Asia)!! Sudahlah biadap, bongkak pula?



Penulis kesal dan kecewa dengan kenyataan media sosial Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani baru-baru ini kerana tergamak mengkritik perjuangan Utusan Malaysia dalam memartabat maruah kaum Melayu. Penulis percaya pasti ramai lagi orang2 Melayu baik ahli korporat, ahli politik, golongan kaya mahupun golongan miskin di luar sana marah dan pasti mahu beliau segera mohon maaf. Tetapi hingga ke hari ini Azran masih diam membisu & tidak bertanggungjawab umpama tidak menghormati langsung bangsa Melayu sendiri. Bongkak sungguh ahli korporat Melayu sorang ni? 

Tindakan itu memperlihat seolah-olah Azran lupa tanpa kuasa orang Melayu seperti yang diperjuangkan oleh Utusan Malaysia, beliau mungkin tidak mampu memegang jawatan seperti hari ini. Penulis menyifatkan bro Azran ini bukan sahaja angkuh tetapi menafikan hakikat kedudukannya diperoleh hasil perjuangan pemimpin Melayu UMNO yang mempunyai kuasa politik. 


Antara perkara penting yang perlu bro azran ingat dan kenang ialah: 

1. Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu? 

2. Bro Azran menuduh akibat fikiran sempit orang Melayu menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah Azran tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku? 

3. Jangan lupa jasa mantan PM-Tun Abdullah Ahmad Badawi(Pak Lah) kerana beliau banyak membantu Air Asia ketika era pemerintahannya sehingga Air Asia boleh ‘terbang’ tinggi hingga ke hari ini. 

4. Ingat, sekali hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedudukan Azran dan jangan bermimpi jawatan itu akan kekal sama ada kepadanya atau mana-mana orang Melayu selepas ini. 

Ahli korporat baharu itu juga secara terbuka menyatakan perasaan meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu tanpa memahami tafsiran yang betul mengenai laporan tersebut. 

Kenyataan beliau berbunyi “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Msia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang utusan) Azran turut berkata di laman twitternya “Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia. 

Yang menghairankan penulis dan pastinya menjadi persoalan ialah Utusan sedikit pun TIDAK menyentuh Air Asia tetapi tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan Air Asia di Utusan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya dengan menuduh Utusan dan menampakkan sikap beliau seperti “kacang lupakan kulit”. 


Nasihat penulis kepada Melayu2 korporat yang berjaya di luar sana, anda adalah lambang Melayu. Jangan khianati dan rosakkan identity bangsa dan yang paling penting ialah jangan jadi Melayu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa sendiri!!! 

P/S: Sila lihat sendiri apa yang ditulis akhbar-akhbar Cina. Saya pasti Azran akan tahu siapa yang rasis.