Thursday, May 16, 2013

Tahniah @TengkuAdnanReal atas lantikan Menteri Wilayah Persekutuan



Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menganggotai semula Kabinet, dan telahpun dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Memang layak dan tepat kerana Ahli Parlimen Putrajaya ini telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam PRU13 lalu dan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya setelah menewaskan Datuk Husam Musa (Timbalan Presiden PAS) dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti besar 5,541 undi.




Penulis berasa amat bertuah atas perlantikan beliau ini keran beliau bukan sahaja sbg Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tetapi berpengalaman luas, berkaliber dan kredibiliti beliau yang sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting dengan cemerlang termasuklah jawatan Menteri Pelancongan dapat diguna pakai dalam memaju dan mensejahterakan WP khususnya.

Perbandingan antara beliau dan Raja Nong Chik tidak perlu dibuat kerana kedua-dua individu ini mempunyai cara tersendiri dan telah terbukti mereka adalah antara individu yang berjaya membawa ‘message’ PM terus kepada masyarakat dan dalam masa yg sama telah bekerja keras di parlimen masing2. Apa yang penting di sini ialah matlamat mereka sama dan insya-allah di bawah pentadbiran Ku Nan, Kementerian WP ini akan bertambah baik dan berharap agar ianya dapat membantu & mensejahterakan seluruh masyarakat, serta agensi2 WP keseluruhannya.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri WP Datuk Seri Raja Nong Chik diatas segala bantuan, kerjasama serta khidmat beliau. Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada DS Tengku Adnan atas perlantikan ini. Selamat maju jaya!