Tuesday, March 16, 2010

Gotong-royong Perdana








Baru-baru ini keprihatinan Pemuda UMNO Putrajaya bersama masyarakat setempat dapat diterjemahkan melalui Aktiviti Gotong-royong Perdana bersama Persatuan Penduduk Putra Harmoni yang dikenali sebagai Flat Hijau. Dibawah kepimpinan Ybhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya bersama AJK Pemuda, program ini dapat dilaksanakan walaupun hujan turun dengan lebatnya pada pagi tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Harmoni, Tengku Bidin Tengku Jusoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas bantuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pemuda bahkan turut berbangga apabila program kemasyarakatan seperti ini turut disertai oleh Biro Putera Putrajaya yang terdiri daripada golongan para remaja. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar flat ini demi menjaga tahap kebersihan dan kesihatan penduduk setempat. Kita tidak nafikan kawasan Putrajaya ini mempunyai statistic Demam Denggi yang agak membimbangkan. Oleh itu kerja-kerja pembersihan seperti ini tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan malah masyarakat juga harus peka.

Sekalung tahniah kepada Pemuda UMNO dan Putera Putrajaya atas keprihatinan mereka. Ia juga merupakan sebahagian aktiviti Juara Rakyat seperti mana yang diwarwarkan oleh PM kita.

Monday, February 22, 2010

Putera Tentang Sikap Biadap Australia





Pada 17/2/10 yang lalu, Biro Putera Putrajaya bersama ahli-ahlinya seramai lebih kurang 30 orang telah menyertai beberapa badan NGO dan parti politik yang lain dalam perhimpunan secara aman terhadap campur tangan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negara Australia, Micheal Danby bersama 50 ahli parlimen negara itu terhadap prosiding kes liwat membabitkan DSAI.

Turut serta rombongan dari Putrajaya ini ialah PSU dan beberapa orang AJK Pemuda UMNO Putrajaya. Mereka ini semuanya secara tidak langsung mewakili Badan NGO Aman Malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg.Datuk Ahmad Zaki Zahid yang ketika ini terpaksa berada diluar negara atas urusan kerja. Demonstrasi dan perarakan ini bermula pada jam 10 pagi yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Msia, YB Khairy Jamaluddin itu turut membawa beberapa sepanduk dengan slogan yang dibawa oleh beliau, “Australia, mind your own business!!!....”

Pengerusi Biro Putera juga berpendapat “ Mereka sepatutnya tidak perlu dan tiada hak untuk mencampuri urusan pentadbiran negara kita, lebih-lebih lagi dalam soal berkaitan perundangan dan kehakiman.”

Monday, February 15, 2010

Putera Putrajaya berhimpun memberi sokongan kepada MB Perak




Biro Putera Putrajaya yang diketuai oleh Sdr.Zach bersama-sama ahli putera yang lain baru-baru ini telah hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 9/2/2010 bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan UMNO dari Perak untuk keputusan rayuan mengenai kemelut jawatan MB Perak.

Alhamdulillah, akhirnya Mahkamah telah sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan seterusnya menamatkan kemelut politik di negeri itu dengan kemenangan moral dan undang-undang kepada Kerajaan Barisan Nasional. Beliau dilantik selaku Menteri Besar Perak setelah empat wakil rakyat kerajaan Pakatan Rakyat(ADUN Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota) mengalihkan sokongan dengan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.

Boleh dikatakan suasana pada pagi itu amat panas dan dihujani ratusan para penyokong UMNO yang telah tiba pada awal pagi diperkarangan mahkamah. Para penyokong melaungkan ‘Daulat Tuanku’ selepas keputusan diistiharkan. Turut hadir disekitar mahkamah ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan(Sdr.Rizalman) serta rombongan.

Note: (KP Ptjy tidak dapat hadir atas faktor kerja dan beliau telah berada di Hanoi sehari sebelum perhimpunan tersebut)

Tuesday, February 9, 2010

Selamat Hari Lahir Boss



Selamat Hari Lahir Bos..

7 Februari 2010 yang lalu merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya yang kita semua sayangi, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Majlis sambutan hari lahir itu telah dibuat secara kejutan tanpa pengetahuan beliau apabila beliau selesai menyempurnakan Majlis Penutup Motivasi Pelajar SPM. Turut sama disisi beliau sewaktu memotong kek ialah isterinya yang tercinta; Datin Shelina. Saya mewakili seluruh Pemuda UMNO Bah.Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Lahir…

”Ya Allah, engkau panjangkanlah umur beliau, berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik, lebihkanlah rezeki, kuatkan & tabahkan hati beliau sewaktu menjadi ketua kepada kami, serta berilah kebahagiaan dan kejayaan kepada beliau…” Amin.

Kursus Motivasi Pelajar SPM


Kursus Motivasi Pelajar SPM

Lebih 300 pelajar SPM di sekitar sekolah-sekolah menengah di Putrajaya mengikuti kursus dua hari iaitu pada 6&7 Feb 2010 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1) dengan bantuan oleh Pemuda UMNO Putrajaya, Yayasan Pelajaran MARA serta Kementerian Belia dan Sukan. Kursus anjuran UMNO Bahagian Putrajaya itu telah mendapat bantuan fasilitator daripada Kelab UMNO Luar Negara. Seramai 40 fasilitator terdiri daripada pelajar Malaysia yang sedang menuntu di beberapa universiti di New Zealand dan Australia, meluangkan masa cuti semester mereka untuk berkongsi pengalaman belajar di luar negara dengan para peserta yang terlibat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bah.Ptjy, Datuk Ahmad Zaki Zahid.