Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013 buat rakyat senang hati

Rakyat mengambil kesempatan bersalaman tanda terima kasih kepada PM.

Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat kelmarin menerima maklum balas yang sangat baik dan dihargai semua lapisan rakyat.
Perdana Menteri berkata, respons rakyat yang beliau terima terhadap bajet kali ini membanggakan kerana pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melakukan transformasi untuk mensejahterakan rakyat.
“Kerajaan BN tidak henti-henti melakukan kebaikan dan usaha itu terbukti apabila rakyat senang hati dengan Bajet 2013 yang dibentangkan semalam (kelmarin).
“Kita tidak membuat keburukan, begitu juga menabur fitnah dan jauh sekali mencerca, apatah lagi berjanji bulan dan bintang tetapi tidak dapat ditunaikan. Kita janji dengan berpijak di bumi nyata,” katanya.
Apapun admin rasa hasil bajet 2013 ini, semua rakyat mahupun pembangkang mendapat manfaat darinya..