Saturday, September 22, 2012

Pelancaran UTC(Pusat Transformasi Bandar), Pudu Sentral oleh DS Najib Tun Razak

"Janji ditepati"...Terima kasih PM.

Awal pagi ini Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Transformasi Bandar atau lebih dikenali sebagai Urban Transformation Centre (UTC).  Majlis pelancaran ini diadakan di Pudu Sentral atau sebelum ini dikenali sebagai Puduraya.  Turut hadir pada pelancaran ini, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  UTC diwujudkan bertujuan menjadikan Pudu Sentral sebagai hub ataupun pusat badan-badan kerajaan di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Turut ada di dalam lokasi UTC ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Y Centre oleh Kementerian Belia dan Sukan serta turut ada di dalamnya 'klinik' Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), MARA, Pos Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pelbagai lagi pusat-pusat khidmat kerajaan di bawah satu bumbung ini.
Untuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).  Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika ini adalah:
Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
- Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)