Friday, September 28, 2012

Old Town White Coffee diragui halal?


Kenyataan Rakyat Prihatin Terhadap Old Town White Coffee #respect


Pertanyaan Dan Minta Penjelasan Bukannya Serangan Bagi Pengetahuan Rakyat Khususnya Beragama Islam

Salam Sahabat2 Yang Saya Hormati.

Isu Sijil Halal Old Town White Coffee Kini Kembali Panas, Bila Saya Menanyakan Soalan Saya Pada YB Ngeh Koo Ham Di Laman Twitter. Saya Menanyakan Soalan tersebut Atas Dasar Tanggungjawab Saya Sebagai Seorang Islam.

Tetapi Yang Pelik Nya Ada Segelintir Penyokong2 Politiknya Marah Saya Menanyakan Soalan Tersebut. Setahu Saya , Soalan Tersebut Bukan Pun Bentuk Serangan Tapi Lebih Daripada Mahukan Penerangan.


Berkali2 Beliau Mengeluarkan Kenyataan Yang Menguriskan Hati Umat Islam Di Malaysia Pada Yang Mengamuk dan Marah2 Mengenai Soalan Sijil Halal Old Town White Coffee Tu, Adakah Dengan Mendiamkan Diri Dan Peluk Tubuh Cara Nya Hanya Kerana Kepentingan Politik Atau Sama2 Mencari Kebenaran Isu ini.
Ada pula yang kata ada yang dah dapat sijil halal disetengah-setengah premis, soalan saya kembali..Saya mahukan 100% Old Town White Coffee mempunyai Sijil Halal, Bukannya 5%,10%,20%,30% Atau 50% Tapi 100% Premisnya di Seluruh Negara Harus Mendapat Sijil Halal.

BOIKOT SELAGI BELUM 100% PRESISNYA ADA SIJIL HALAL

Jadi bagi saya,selagi pihak mereka tidak melaksanakannya ianya menjadi kewajipan kita untuk tidak mengunjung premis-premis mereka malah BOIKOT nya demi kepentingan agama islam.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.

Sentiasa mencari yang halal.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Rakyat Yang Perihatin

Sumber : Armand Azha Evolusi Anak Muda & Rezqeen Hill