Wednesday, September 19, 2012

Pengerusi DAP Perak Biadab!!

Kurang Ajar!!

Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut.
Siapakah dia? Tidak lain tidak bukan, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu
''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this?
(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?)," kata Koo Ham dalam laman Tweeternya.
Inikah pemimpin yang perlu disanjung? Beginikah sikap pemimpin Pembangkang yang diagung2kan oleh orang Melayu Islam dalam Pakatan?? "Tepuk Dada Tanya Selera"...