Friday, September 28, 2012

PM Ucap Tahniah Kepada Calon!

PM-Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.  Manifestasi demokrasi yang berhemah.  Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universit dan negara" ujar beliau.

Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan.  Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.
Keputusan itu berdasarkan pengiraan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013
Universiti-universiti yang dimenangi oleh Pro-Aspirasi ialah:


  • Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi – 50; Pro-Aspirasi menang – 50
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi – 31; Pro-Aspirasi menang – 31
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi – 27; Pro-Aspirasi menang – 25; Pro-M – 2
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi – 28; Pro Aspirasi menang – 28
  • Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M menang 8
  • Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi – 36; Pro-Aspirasi menang – 34; Pro-M menang – 1; Bebas – 1
  • Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi – 13; Pro-Aspirasi menang – 13
  • Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi – 45; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M – 3; Bebas – 1
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24
  • Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi – 29; Pro-Aspirasi menang – 24; Pro-M – 4; Bebas – 1
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 22; Pro-M – 2
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi – 20; Pro-Aspirasi menang – 18; Bebas – 2
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang – 36; Pro-M – 2
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 10; Pro-M – 1; Bebas – 3
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi – 54; Pro Aspirasi menang – 48; Pro-M – 6
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 14

Sementara itu, satu-satunya universiti yang dimenangi secara jelas oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila mereka memenangi 19 daripada 28 buah kerusi yang dipertandingkan
Di UKM, Pro-Aspirasi hanya memperolehi 9 kerusi.
Di Universiti Malaya pula yang menawarkan 41 kerusi, Pro-Aspirasi menang 21 buah kerusi manakala Pro-M pula memenangi 20 kerusi

Ucapan tahniah sekali lagi kepada anak-anak muda sekalian yang dilihat sebagai teraju negara ini pada masa hadapan.