Tuesday, January 8, 2013

Pendek Bukan Ukuran, Tahniah!



Tahniah kepada Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA buat kali keempat berturut-turut hari ini.  Ternyata fizikal bukanlah isu utama untuk jadi pemain terbaik.  Apa yang lebih penting ialah keazaman, disiplin dan berusaha bersungguh-sungguh adalah antara ciri-ciri yang utama.

Diharapkan ini dapat membakar semangat para pemain bolasepak negara kita untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi.  Tidak mustahil kerana ternyata fizikal bukan halangan. 


Sampai bilakah Messi ini akan kekal bermain di Barcelona? Messi oh Messi..

Jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque pula dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik 2012.