Tuesday, January 15, 2013

SIAPA PENGHASUT MAHASISWA JADI 'MAHASEWEL'? @khaled_nordin @suhaimijawahi @umbkl @EffyHaridth @UMSiswaH20r

Pada perhimpunan #KL112 hari tu, penulis dapat lihat penglibatan mahasewel yang turun menyokong agenda mengarut PR ini.  Mereka sebenarnya telah diapi-apikan oleh Nurul Izzah dan papa beliau-Anwar Ibrahim.  
Adam Adli (bertopi bintang spt Komunis) memberi arahan kepada mahasiswa

Golongan ini pula telah melatih Adam Adli seorang mahasiswa yang digantung oleh universiti atas masalah disiplin dan moral.  Tapi penulis bukanlah hendak menceritakan kesalahan Si Adam Adli di universiti sehingga digantung 3 semester rasanya.  Apa yang penulis mahu berkongsi bersama pembaca ialah Adam Adli & the gang berjaya "me-recruit" mahasiswa lain sehingga menjadi mahasewel dalam meneruskan niat jahat Anwar ini.



Namun, kegagalan demi kegagalan terus menimpa mereka.  Ini kerana penyertaan #KL112 ini terdiri  daripada kumpulan mahasiswa hampir 3,000 orang sahaja yang diketuai oleh Nurul Izzah. Tetapi jumlah ini juga tidak boleh dibanggakan kerana pada hari sebelumnya, Timb. Menteri Pengajian Tinggi telah mengirimkan tweet beliau yang mengatakan bahwa tiada larangan untuk mahasiswa turun ke perhimpunan ini.

 


Walaupun arahan sedemikian dikeluarkan, jumlah mahasiswa yang turun adalah sekadar 3,000 sahaja jika dibandingkan dengan julah seluruh penuntut IPT yang berjumlah 300,000 orang
1% sahaja yang menyokong kepada Pakatan Pembangkang. 297,000 mahasiwa yang lain tidak turut serta dan boleh digambarkan mereka ini tidak cenderung kepada pembangkang.



Syabas kepada mahasiswa kerana anda meletakkan diri dan maruah anda lebih tinggi daripada "Mahasewel"..Teruskan menyokong kerajaan.