Monday, December 17, 2012

Iktibar Untuk Semua Pengundi@umbkl@razlanrafii#tolakPR

Bakal bertanding dalam PRU13



Penulis ingin mengingatkan kepada rakyat Malaysia dan pengundi di luar sana, silalah ambil iktibar di atas apa yang berlaku kepada politik Jepun, yang telah memberi kuasa kepada pihak pembangkang untuk mentadbir Jepun bagi satu penggal suatu ketika dulu.


Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa apabila memenangi pilihan raya Jepun semalam selepas kekalahan mengecewakan tiga tahun lepas.

Kemenangan itu dilihat memberi peluang cerah bagi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk memperjuangkan agenda keselamatan dan ekonomi.

Parti LDP dijangka melaksanakan pendirian lebih tegas terhadap wilayah pertikaian dengan China, dasar pronuklear dan kemungkinan memperkenalkan dasar kewangan serta perbelanjaan fiskal untuk mengatasi deflasi dan isu mata wang yen yang kukuh.

Keputusan pengiraan undian oleh stesen televisyen menunjukkan LDP memenangi hampir 300 dari 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan.

Parti sekutunya, New Komeito dijangka memenangi kira-kira 30 kerusi.

Pengiraan undian menunjukkan Perdana Menteri Yoshihiko Noda yang mewakili Parti Demokratik Jepun (DPJ) memenangi hanya 65 kerusi.

Parti DPJ yang memenangi pilihan raya pada 2009 berjanji memberi lebih tumpuan yang lebih kepada kebajikan pengguna dan mengurangkan birokrasi.

Seorang eksekutif parti DPJ, Kohei Otsuka memberitahu stesen televisyen NHK, Noda dijangka meletak jawatan kerana kekalahan tersebut.

Kebanyakan pengundi berkata, DPJ GAGAL memenuhi janji-janji pilihan raya. 

 

Kepimpinan Noda dikatakan bergelut untuk mentadbir dengan baik dan gagal mengatasi bencana gempa bumi termasuk tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu serta kerosakan loji tenaga nuklear.