Wednesday, December 19, 2012

Masih Ada Peluang Buat Anda Yang Bankrap/Muflis@umbkl@razlanrafii@sohaimishahadan@khairykj#janjiditepati#tolakPR



Sohaimi berucap pada Majlis Perlancaran.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu, saya selaku wakil Pergerakan Pemuda UMNO dalam usul ekonomi telah mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada pemiutang yang diisytiharkan muflis.

Ini kerana baru baru ini, kita telah didedahkan oleh media massa bahawa betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan paling memeranjatkan ia melibatkan golongan muda di bawah usia 40 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Insolcensi Malaysia, antara punca utama kes kes kebangkrapan ini ialah hutang perjanjian sewa beli (26 peratus), hutang pinjaman peribadi (21 peratus), hutang pinjaman perumahan (14 peratus) dan hutang hutang lain, misalnya perniagaan dan sebagai penjamin.

Akta kebangkrapan 1967 yang ketat didakwa menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah olah tidak mendapat peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.

Jika tiada langkah langkah pencegahan diambil, jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 220,0 orang menjelang tahun 2020. Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti negara.

Usul dikemukakan itu mendapat perhatian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengulung perbahasan pada hari terakhir dengan berkata bahawa kerajaan akan membuat peraturan baru berkaitan undang undang kebankrapan kerana undang undang adalah ketat.

Kerajaan juga akan mengkaji semuda dan membuat peraturan baru serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebangkrapan terutama yang berhutang dalam kos yang munasabah.

Dua tahun lalu, iaitu pada 24 Julai 2010 sebuah akhbar berbahasa Melayu ada memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meminda Akta Kebangkrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan kembali meniaga.

Justeru, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO bertindak proaktif dalam menwujudkan jaringan media sosial untuk membantu golongan ini mendapatkan peluang kedua.

Orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau Facebook dan Twitter : Muflis Peluang Kedua untuk mendapatkan respons dan menjadi platform mengenai pembelaan dan permasaalahan isu muflis ini.


Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menyalurkan idea dan dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bangkrap 1967 bagi membantu golongan ini khususnya generasi muda untuk keluar daripada belenggu muflis.

Kami juga akan bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pemiutang yang diistiharkan muflis ini melalui program pengurusan kredit yang dijalankan agensi itu.

Sekali lagi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan menegaskan bahawa suda sampai masanya Akta Kebangkrapan ini dikaji semula bagi membolehkan individu muflis mendapatkan pelepasan secara automatik selepas tiga tahun. Ini akan membolehkan usahawan muda memulakan kembali perniagaan mereka memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah gagal sebelum ini.

Dato' Sohaimi Shahadan
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia