Tuesday, December 4, 2012

Rakyat Jangan Tertipu Lagi Dengan Penipu Rakyat(PR)@umbkl#Tolak PR



Rakyat yang mahu bereksperimen menukar kerajaan diminta melupakan hasrat tersebut, sebaliknya mereka perlu bersama-sama mempertahankannya demi masa depan negara lebih cemerlang.

Perkara ini amat penting kerana terbukti kerajaan Barisan Nasional (BN) komited memajukan negara ini, dalam masa sama membela nasib hidup rakyat melalui pelbagai program transformasi.

Kita telah lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan pelbagai program transformasi dan tujuannya adalah untuk memajukan negara dan membela nasib hidup rakyat.

Oleh itu, rakyat diminta bersama-sama dengan kerajaan untuk menjayakannya. Dalam masa yang sama hentikanlah sebarang hasrat untuk menukarkan kerajaan.

Penulis merasakan bahawa kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam, bahawa cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang, sekali gus mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang

Sehubungan itu, adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.