Friday, December 28, 2012

@rafiziramli Marah Bila Blogger BN Bongkar Dokumen @umbkl


Ha ha ha ha apa lah si Rafizi Ramli Lembu ni. Mungkin agaknya baru terjaga dari mimpi indah di Taiwan ataupun baru terjumpa line internet di sana.

Selepas beberapa hari artikel mengenai pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh beliau dikeluarkan oleh blogger KL Chronicle, pagi ini Rafizi seakan-akan cuba mencover semula segala isu yang lemparkan sebelum ini dengan sekadar memberi reaksi yang agak lemah di Twitter miliknya.

Lihat bawah.


Saya tertarik dengan satu kenyataan di atas ini yang beliau utarakan tentang dokumen-dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh blogger BN.


Apa yang Rafizi nak marahkan sangat tentang maklumat sulit ini dikeluarkan?

Bukankah ini perkara biasa yang dia sendiri lakukan untuk mencari kesalahan pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO?

Jom imbas kembali.

Bagaimana Rafizi boleh mendapatkan dokumen sulit daripada Shangri La Hotel mengenai majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Jun 2011.


Hah macamne tu nak cerita wahai Rafizi?

Mana dapat dokumen ni? Jumpa di tepi jalan ker ataupun Rafizi terjumpa di atas viper-viper kereta yang parking di depan pejabat PKR?

Terbukti Rafizi sebenarnya membeli dokumen tersebut daripada sumber dalaman hotel berkenaan. Ternyata tindakan Rafizi sendiri melanggar etika penyimpanan dokumen-dokumen sulit yang mana sepatutnya pihak hotel tidak boleh sama sekali menyebarkan sebarang maklumat antara mereka dan pelanggan kepada pihak ketiga.

Kedua, tindakan Rafizi mengedarkan dokumen akaun sulit dan persendirian tanpa izin National Feedlot Corporation (NFCorp) telah pun melanggar Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Pada kenyataan media, Rafizi yang merupakan ahli Institut Akauntan Berkanun di England & Wales dan Institutu Akauntan Malaysia seharusnya lebih arif mengenai undang-undang yang tidak membenarkan pengedaran dokumen akaun sulit kepada umum.

Tindakan ini pun telah membuktikan Rafizi sebenarnya lebih teruk daripada blogger KL Chronicle dan Fabiani Azmi yang hanya mengeluarkan salinan muka depan perjanjian antara kerajaan Negeri Sembilan dan NFCorp.



Rafizi tak perlu melatah dan tak perlu bercakap apa-apa mengenai isu NFCorp kerana hari ini satu Malaysia dah tau sebenarnya Rafizi hanya perlu membuat penipuan di dalam sidang media supaya pemimpin-pemimpin  BN nampak korup dan teruk berbanding pemimpin PR.

Saya cabar Rafizi supaya berani memberikan hujah mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.

Itu saja setakat ini. Mungkin selepas ini rakyat boleh tanyakan Rafizi mengenai isu tanah yang dimiliki oleh YB Ngeh dan Ngah di Kelantan. Hah panjang tu Rafizi nak kena jelaskan.