Monday, December 17, 2012

Tembelang Blogger PR(Penipu Rakyat) Terbongkar Lagi?@umbkl#tolakPR



Semalam secara "live" lagi dalam program TV3 Melodi memaparkan kisah pelawak veteran dan isterinya. Siapa lagi kalau bukan Datuk Yahya Sulong. Dalam segmen ini, wartawan telah menemubual pelawak dan isterinya tentang hal kononnya mereka telah diusir oleh pihak DBKL atasa isu pembayaran sewa rumah.

Jelas terbukti, rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa pasangan ini TIDAK pernah diusir pun oleh pihak DBKL seperti yang diwarwarkan oleh seorang blogger PR sebelum ini. Ini pengakuan mereka sendiri.

Untuk pengetahuan semua, penulis pernah menaikkan isu ini pada 13/12 bahawa sememangnya ada campur tangan dan hasutan pembangkang yang cuba untuk memburukkan imej agensi kerajaan terutamanya. Blogger suruhan Pembangkang ini cuba menghebohkan di media cetak dan alam maya cerita kononnya artis veteran ini "DIHALAU" keluar dari rumah PPR yang beliau duduk sekarang.

Kepada anda semua di luar sana, ingatlah ini antara taktik kotor mereka. Pembangkang ini sanggup buat apa sahaja, tak kiralah memfitnah atau mereka-reka cerita demi 'menghalalkan' niat busuk mereka.
Terima kasih TV3 Melodi.