Saturday, December 8, 2012

Terkini DS Zahrain Kembali Kepada UMNO @umbkl #TolakPR



Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini serah borang untuk kembali menjadi ahli UMNO kepada Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi...



Ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2012 di PWTC baru-baru ini turut menyentuh hati dua Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru) yang turut hadir sebagai pemerhati.

Dalam satu pertemuan selepas PAU 2012, Zahrain dan Zulkifli meluahkan kekhuatiran mereka jika pesanan dan teguran pemimpin itu dapat diterjemahkan ke peringkat bawahan.

Bagaimanapun Zahrain telah mengumumkan satu kejutan. Apakah kejutan itu? Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti temubual spontan mereka bersama Agendadaily.

Agendadaily: PAU 2012 baru selesai, apa pandangan Yang Berhormat berdua sebagai Ahli Parlimen Bebas?

Zulkifli: Saya tengok perhimpunan berkenaan berbeza dengan tahun lalu yang kami hadiri. Mood pilihanraya jelas dan keyakinan amat ketara kali ini.Persoalan besar sekarang ialah sama ada mereka boleh terjemahkan ucapan atau jaminan ke kawasan masing-masing atau tidak?

Saya setuju dengan kata presiden bahawa sekiranya UMNO menghayati semula slogannya, iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, dan berbekalkan semangat lagu Warisan, mereka boleh menang dua pertiga atau lebih.

UMNO kena ambil iktibar daripada kemenangan yang banyak oleh Pakatan pada PRU 2008 yang berpunca daripada kebencian terhadap pimpinan UMNO dan bukan kerana rakyat sukakan Pakatan Pembangkang. Apa yang berlaku ibarat, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jadi sekarang ramai orang Melayu sudah menyesal.

Yang penting sekarang orang UMNO jangan khianat pada parti dan terjemah apa yang dicakap. Jangan cakap tak serupa bikin.

Zahrain: Perhimpunan kali ini luar biasa sebab saranan yang dibawa oleh presiden parti bukan hanya tertumpu kepada orang UMNO tetapi orang Melayu keseluruhannya. Saya hadir dalam perasmian dan sebak mendengar ucapan presiden.

Kita harus sedar bahawa kedudukan orang Melayu hari ini di persimpangan dilemma. Presiden dengan tepat telah mengingatkan bukan sahaja orang UMNO, tetapi orang Melayu dan Islam tentang pembangkang yang tak peduli dengan isu kelansungan orang Melayu, tetapi lebih kepada impian seseorang untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam PRU yang lalu pembangkang banyak menang kerana ramai orang Melayu membelakangkan UMNO. Tapi hari ini orang Melayu sudah nampak bahayanya kalau pembangkang diberi kuasa.

Agendadaily:“Apa perasaan YB berdua selepas mendengar ucapan penggulungan presiden?

Zahrain: Selepas dengar ucapan presiden parti, saya sedang menimbangkan kemungkinan menyertai UMNO. Saya mahu menyertai perjuangan untuk memulihkan kedudukan orang Melayu di negara kita.

Agendadaily: Sekarang YB Ahli Parlimen Bebas, kalau masuk UMNO belum tentu dapat jawatan.

Zahrain: Itu kalau saya letak diri saya lebih penting daripada perjuangan. Bagi saya dan Datuk Zulkifli, kami letak perjuangan lebih penting daripada diri sendiri.

Sama ada saya nak bertanding atau tidak, atau nak tonjol diri ke, bukan jadi isunya. Yang penting ialah survival orang Melayu dan kita mesti bertindak dengan betul. Kalau semua orang nak rebut kuasa dan jawatan, kita lupa terhadap perjuangan dan ini akan menggagalkan kedudukan orang Melayu. Tapi ada satu syarat kalau saya masuk UMNO.

Agendadaily: Apakah syarat itu?

Saya diberikan peluang bercakap sebagai perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

Agendadaily: Dengar cerita Ahli-Ahli Parlimen Bebas sudah kautim dengan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO bahawa mereka tak akan bertanding di kawasan yang dimenangi Ahli-Ahli Bebas dalam PRU yang lalu? Betul ke gosip yang saya dengar ini?

Zulkifli: Kita tak ada bincang langsung soal kerusi atau nak bertanding. Kalau ada perbincangan pun mengenai macam mana kita nak memastikan survival Melayu terus utuh selepas PRU-13. Dalam bentuk apapun, Islam dan Melayu didahulukan.

Kalau kami pentingkan jawatan, baik duduk dalam Pakatan yang menguasai dua negeri lubuk emas, iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Saya peguam Anwar Ibrahim selama 12 tahun dan kalau saya nak jawatan atau kedudukan, baik saya duduk diam-diam aja, InsyaAllah adalah kedudukan atau jawatan di negeri-negeri lubuk emas itu. Tapi saya tengok Pakatan Pembangkang tidak boleh bawa perjuangan Melayu Islam. Bangsa lain pun akui survival politik Malaysia bergantung kepada perpaduan dan kekuatan orang Melayu.

Apabila Melayu lemah, ia akan mencetuskan ketidakseimbangan dan menyebabkan berlaku keadaan tidak kondusif untuk bangsa lain seperti yang berlaku sebelum 13 Mei, apabila imbangan ekonomi dan kekuasaan tidak sekata, orang Melayu melihat diri mereka seperti anak tiri dalam negeri sendiri. Sekarang kita tengok perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan BN lebih sesuai dengan acuan masyarakat yang ada dalam Malaysia, berbeza dengan Pakatan.

Agendadaily: Ewah, YB dah bercakap macam orang UMNO. Jadi YB pun nak masuk UMNO macam Datuk Zahrain juga ke?

Zulkifli: Sudah ramai sangat orang tanya saya sampai letih telinga mendengar. Asyik-asyik, bila nak join UMNO? Soal join UMNO atau tidak bukan soalan besar. Yang penting UMNO dan BN di bawah pimpinan Najib wajib disokong dan dipertahankan dalam apa bentuk sekalipun.

Tanpa menyertai UMNO atau BN, saya dan kawan-kawan Bebas, termasuk Zahrain, pun dah banyak membantu. Kita ambil contoh pasukan bolasepak, tak semua anak negeri Selangor. Ada juga striker import. Selalunya striker import yang main peranan lebih penting.

Agendadaily: Jadi YB berdua anggap diri masing-masing ini striker import UMNO lah ya?
Zulkifli: Kita taklah kata begitu, tetapi nak beritahu, tak semestinya kita duduk dalam UMNO baru kita boleh tolong, Kadang-kadang lebih wajar kita duduk di luar dan nampak struktur UMNO itu. Apabila berada di dalam struktur itu, ada kekangan.

Pada saya lebih baik kita duduk di luar UMNO tetapi menyokong dengan cara kita sendiri. Yang lebih penting sekarang, saya dan Ahli-Ahli Parlimen Bebas yang lain percaya bahawa Najib dan BN di bawah pimpinannya wajib disokong untuk memastikan survival Islam, Melayu dan tanahair kita. Itu lebih sesuai. Saya tak mahu nanti kalau kita join UMNO dengan bentuk struktur dan formalitinya, kita terikat.

Agendadaily: Ikut pandangan YB bila agaknya bila PRU ke-13?

Zulkifli: Tarikh itu tak penting. Yang penting, semua orang buat kerja.

Zahrain: Bila presiden UMNO cakap pasal tawaduk dan rendah diri, ia menunjukkan dia mahu orang UMNO jangan ghairah. Zaman keghairahan sudah habis. Hari ini zaman survival (kelansungan). Orang UMNO dari akar umbi hingga kepimpinan kena turun ke bawah jumpa rakyat dengan perasaan tawaduk sebab ramai orang marah UMNO kerana sombong - itu gambaran yang diberi. Jadi UMNO kena perbetulkan keadaan.