Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 7, 2011
Pemerhati Negeri Persidangan Pemuda UMNO Bah.Bdr.Tun Razak 2011
Tahniah buat seluruh Pemuda UMNO Bah.Bdr.Tun Razak kerana baru-baru ini telah pun berjaya mengadakan persidangan mereka. YB Dato Razali selaku NKP Malaysia telah hadir bagi merasmikan persidangan ini. KP Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia, Datuk Zaki telah dipertanggungjawabkan sebagai Wakil Pemerhati Pemuda Negeri. Terima kasih buat rombongan Pemuda UMNO Putrajaya yang hadir sehingga selesai persidangan pada malam itu.
Program Motivasi Politik
Baru-baru ini Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah mengadakan satu kursus kepimpinan politik kepada AJK,KPC,NKP,PSU Pemuda cawangan dan beberapa pelapis Putera. Idea baru dan sedikit kelainan yang dibuat oleh KP Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid pada kali ini ternyata berhasil dan dapat dimanfaatkan oleh kesemua peserta.
Kesemua peserta berkumpul di KL Sentral pada jam 7.15pm dan seterusnya bertolak menaiki Keretapi Tanah Melayu(KTM) pada jam 9.00pm menuju ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai, Thailand. Selama lebih kurang 15 jam perjalanan, para peserta bukan sahaja dapat merasai suatu pengalaman baru di dalam keretapai malah beberapa slot motivasi turut diadakan di dalam ‘event coach’ tersebut. Selain itu, bagi memecah suasana malam sepanjang perjalanan tersebut, penganjur turut mengadakan pertandingan karaoke untuk para peserta.
Setibanya di Padang Besar pada jam 9.00am, proses menguruskan passport dan sebagainya akhirnya rombongan para peserta selamat sampai
Inilah antara idea-idea segar yang dibawa oleh Datuk Zaki sebelum beliau menamatkan era pemuda beliau. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya program ini hampir tidak berjaya kerana
Terima kasih daun keladi Datuk Zaki, ada peluang sila anjurkan lagi.