Wednesday, May 27, 2009

Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan









Baru-baru ini Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah menganjurkan Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan pada 15-17 Mei yang bertempat di Lembah Azween, Batu 14, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Kursus ini dikendalikan di bawah Biro Penerangan & Latihan dimana Pengerusi Biro ini ialah Sdr.Zalizan Othman. Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan untuk kali pertamanya dan dikhususkan dahulu kepada AJK Pemuda UMNO beserta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap. Insyaallah peluang ini akan dibuka kepada ahli-ahli pemuda yang lain. Ini kerana matlamat utama adalah untuk memantapkan institusi pemuda/barisan tertinggi Pemuda UMNO Putrajaya itu terlebih dahulu supaya perpaduan dapat dipupuk, kerjasama antara satu sama lain dapat diterapkan dan untuk memupuk sikap berpasukan dimana ianya akan memberi kesan yang baik kepada pentadbiran Pemuda UMNO Putrajaya khususnya dalam memberi kerjasama/sokongan kepada pucuk pimpinan yang sedia ada. Untuk makluman, pada hari pertama setibanya para peserta di kem ini, peserta telah dikunjungi oleh seramai 15 orang Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai sendiri oleh Ketua & Naib Pemuda mereka. Dalam majlis silaturahim yang singkat ini, KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan AJK yang lain sempat makan malam bersama mereka di dalam kem ini dan sebelum mereka pulang sedikit cenderahati tanda kenangan diberi kepada mereka.
Alhamdulilah seramai lebih kurang 22 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 27 peserta yang hadir. Selebihnya tidak dapat mengikuti kursus ini kerana terikat dengan komitmen yang lain. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada Jumaat malam dan berakhir pada Ahad tengah hari ini sedikit sebanyak memberi pendedahan, kesedaran, dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama peserta, kepayahan serta kesusahan yang perlu dihadapi bersama melalui program-program yang diaturkan sepanjang kursus ini. Antara aktiviti-aktiviti yang terpaksa dihadapi oleh peserta ialah seperti kerja berpasukan, aktiviti berakit dan kembara malam.
Majlis ini dirasmikan oleh KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid (DAZZ) dengan kalimah suci “Bismillahirahmanirahim”. Antara ucapan beliau, “Ingatlah perjuangan kita ni berlandaskan “ aliff baa taa”. Agama, bangsa dan tanah air..Kita tidak boleh leka, lalai dan ambil mudah dalam perjuangan ini. Adakalanya kita perlu keluar dari zon selesa. Sikap kita harus berubah. Kita perlu mantapkan minda dan fizikal kita agar kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.
Lebih bermakna lagi kepada semua peserta apabila majlis penutup ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ucapan ribuan terima kasih kepada beliau kerana walaupun sibuk tetapi beliau dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Saya masih ingat dalam ucapan penutup beliau pada hari terakhir tersebut dimana beliau berulang-ulang kali mengingatkan kita semua supaya berubah sikap kearah kebaikan, menjadi insan yang lebih cemerlang apatah lagi setelah pulang dari kursus-kursus sebegini, dan bersatu padu untuk menguatkan parti. Zaman pemilihan telah berlalu. Yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang. Kita harus menerima dan menghormati keputusan ini. Itulah sikap yang perlu ada pada kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus sedar bahawa UMNO ketika ini berada dalam keadaan tenat. Masyarakat tidak marah/benci pada lambang UMNO itu tetapi mereka sebenarnya marah dengan sikap yang ada pada sesetengah pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri dan yang paling teruk sikap segelintir pemimpin UMNO itu sendiri yang cuba untuk merosak/mempecah-belahankan perpaduan didalam UMNO. Begitu juga harapan beliau kepada semua AJK Pemuda Putrajaya khususnya. Bersatulah, berubahlah supaya menjadi insan yang lebih cemerlang dan hormatilah pucuk pimpinan yang ada. Masa pemilihan telah berlalu. Kita semua harus bersatu padu demi agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada peserta diatas komitmen yang ditunjukan serta tidak lupa juga kepada pihak Yayasan Pengurusan Ilmu yang turut menyediakan penceramah berpengalaman, Mejar Abd Aziz serta semua yang terlibat di dalam Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan ini. Semoga Pemuda UMNO Putrajaya terus cemerlang dan bersatu padu menjadi sebuah pasukan yang kuat dan dicontohi oleh masyarakat. Segala coretan gambar kenangan boleh dilihat didalam galeri.

Monday, May 25, 2009

Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun

















Pada 1 Mei 2009 sempena Hari Pekerja telah berlangsung satu Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun, yang bertempat di 2 lokasi iaitu di Padang P9 dan P11. Kejohanan ini disertai oleh 14 pasukan yang terdiri daripada warga remaja Putrajaya. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Sdr Shokri b Shapee pada jam 8.30 pagi. Beliau telah membuat sepak mula sebagai simbolik perasmian kejohanan ini.
Sebelum kejohanan ini bermula, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Putrajaya Sdr.Zalizan Othman lebih mesra dengan panggilan "Abang Jamal" telah menekankan aspek-aspek keselamatan kepada para peserta serta menyarankan kepada para remaja supaya menjauhi aktiviti yang kurang sihat dan tidak bermoral. Dengan melibatkan aktiviti sihat seperti bersukan ianya akan dapat merapatkan lagi hubungan serta memupuk budaya hidup sihat.
Setelah semua pasukan berhempas pulas, akhirnya Johan dimenangi oleh pasukan Pulau C, Naib-Pasukan Pulau B, Ketiga-Azzuri dan keempat ialah Pasukan Pulau A. Hadiah-hadiah disampikan oleh AJK Pemuda Putrajaya merangkap Ketua Putera Bah.Putrajaya iaitu Sdr.Mohd Zushaidey Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan "Zach". Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini akan diadakan bagi menarik lebih ramai lagi golongan remaja khususnya supaya mereka terus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO.

Tuesday, May 19, 2009

Keprihatinan Bersamamu-Datuk Ahmad Zaki Zahid



Selepas berakhirnya Pertandingan Bowling Anjuran KP Putrajaya, atas Keprihatinan DAZZ, beliau bersama-sama AJK Pemuda serta beberapa ahli pemuda putrajaya telah membuat lawatan ke rumah Sdr Kamaruzzaman Ahli Pemuda Cawangan Kantan di Presint 9. Untuk pengetahuan semua, kemalangan yang dialami oleh Sdr Kamaruzzaman ini telah sekali gus merubah kehidupan asalnya. Dia yang berpewatakan ceria akhirnya terpaksa menerima ketentuanNya kerana disebabkan kemalangan ini, dia telah lumpuh hampir keseluruahan anggota badan.
Namun atas kecekalan, ketabahan serta doa telah membuatkan dia berjaya melawan kesakitan yang dihadapi sehingga mampu menggerakan sedikit beberapa anggota badannya. Atas keprihatinan Datuk Ahmad Zaki ke atas ahli-ahli pemuda beliau telah meluangkan masa dan melawat sdr Kamaruzzaman. Ini bukanlah mainan politik atau untuk meraih undi tetapi apa yang ingin saya katakan ialah keikhlasan beliau serta keprihatinan beliau kepada seluruh warga pemuda putrajaya. Dikesempatan ini saya memohon agar kita semua berdoa kepada Allah SWT agar Sdr Kamaruzzaman kembali bersemangat dan sentiasa sihat sejahtera. Amin.....

Sunday, May 17, 2009

Nik Aziz Tidak Setuju Bincang Dengan BN Isu Perak


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Pemuda Selar Sikap Hipokrasi Anwar

Seremban -- Pemuda UMNO hari ini menyelar sikap hipokrasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan satu pilihanraya bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pembangkang khususnya Anwar Ibrahim ternyata tidak mempunyai pendirian yang konsisten dan sering berubah-ubah mengikut kepentingan sendiri.

"Kita tidak takut untuk berdepan dengan pilihanraya negeri Perak. Tetapi soal di sini, adalah soal prinsip, soal proses undang-undang di mana Anwar kata semalam bahawa cara yang terbaik untuk selesaikan kemelut politik di Perak adalah melalui pilihan raya negeri.


"Saya nak tanya beliau masa Misi 16 September yang diwar-warkan dulu, tidak pernah pun Anwar cakap untuk bubarkan Parlimen. Kalau dia cuba nak rampas kuasa kerajaan persekutuan melalui lompat parti, apa bezanya dengan apa yang beraku di Perak hari ini", katanya.

Beliau seterusnya menegaskan Anwar ketika melaungkan Misi 16 September yang lalu tidak pernah pun menyatakan untuk membubarkan parlimen dan kembalikan hak kepada rakyat.

"Kita tidak faham sikap pembangkang. Sekarang cakap bubarkan DUN tetapi dulu tidak pula bercakap soal bubarkan Parlimen. Jadi hipokrasi seumpama ini mesti kita dedahkan", ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Pemuda UMNO Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalan satu forum di Petaling Jaya semalam mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Katanya kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah sebelaiknya melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

Khairy seterus menegaskan Pemuda UMNO dan Pemuda BN bersedia pada bila-bila masa dan waktu untuk menghadapi pilihan raya DUN Perak.

Namun jelas beliau Pemuda melihat kemelut di Perak menerusi dua aspek iaitu proses undang-undang dan kedua proses perundangan.


"Proses undang-undang kita kena tunggu rayuan yang difailkan berhubung kesahihan siapa MB Perak yang sebenarnya.

"Proses perundangan pula kita percaya akhirnya rakyat Perak mahu melihat siapa dan parti mana yang ada majoriti di DUN dan kita rasa pihak BN akan dapat majority tersebut. Untuk kita selesaikan dalam masa terdekat adalah adalah melalui proses perundangan", ujarnya.

Thursday, May 7, 2009

Masyarakat perlu prihatin untuk membenteraskan gejala ragut


JOHOR BAHARU 5 Mei — Seorang wanita yang mengandung dua bulan meninggal dunia hari ini selepas koma akibat diragut ketika menunggang motosikal di Taman Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, Ahad lepas. Jamilah Selamat, seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pada kira-kira pukul 7.35 pagi. Jamilah yang akan menyambut hari jadi ke-32, Isnin ini koma apabila terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal. Suaminya, Razali Ahmad, 41, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam ketika Jamilah yang menunggang bersendirian motosikal Honda EX5, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Mekar, kira-kira 70 meter dari tempat kejadian. “Arwah terjatuh dan terhentak di kepala kerana motosikalnya gagal dikawal. Sebelum itu, arwah yang selesai bekerja sempat ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan dapur,” katanya. - Bernama

Nota : Alfatehah kepada Aruah semoga belaiu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh - Tujuan penulis menghatar petikan dari Bernama ini adalah mahu menyeru kepada orang ramai seandainya pada bila-bila masa juga berlaku peristiwa sebegini di hadapan kita, berikan lah pertolongan. Kebelakangan ini terlalu ramai peragut dan tiga hari yang lalu penulis juga mengalami peristiwa yang sama apabila seorang rakan penulis diragut oleh dua orang yang bermotor. Pada ketika itu penulis sedang minum disebuah restoran mamak , tiba-tiba penulis nampak sebuah motor merentap bag tangan kawan penulis. Penunggang motior berkenaan menarik beg tangan sementara pembonceng menyepak sehingga terjatuh terhentak ke batu dijalan raya. Penulis melompat dan cuba mengejar mereka , tapi malangnya tidak sempat kerana mereka memecut motor dengan laju .

Sebenarnya di hadapan dan berhampiran dengan rakan penulis ketika kejadian itu ada beberapa laki-laki yang hanya melihat saja kejadian berkenaan. Apa bila laporan polis dibuat, menurut polis berkenaan , kejadian ini adalah standard , hampir hari-hari berlaku di tempat itu. Jika ini benar apa yang di katakan oleh angota polis berkenaan , mengapa tida ada tindakan dan operasi besar-besaran dilakukan disana. Pihak polis perlu membenteraskan perkara ini dengan segera kerana ini adalah satu penginayaan kepada kaum wanita yang lemah dan tidak bersalah. Apa pendapat anda untuk membenteraskan gejala ragut ini.

Kejohanan Bowling Piala Datuk Ahmad Zaki


Pada 26/4/09(hari Ahad) yang lalu, Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan Kejohanan Bowling Piala Datuk Ahmad Zaki diantara cawangan-cawangan pemuda dan telah berlangsung di ARL Power Bowl, Alamanda pada jam 9.30 pagi. Syukur alhamdulillah kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan telah berlangsung seperti yang dirancang.

Sebanyak 24 cawangan telah menyertai kejohanan ini dan setiap cawangan dianggotai oleh 4-5 ahli. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Setelah berakhir kejohanan ini, pasukan dari Cawangan Tanjung muncul Johan diikuti Cawangan Orkid pula Naib Johan dan tempat ketiga dimenenangi oleh Cawangan Kekwa.

DAZZ amat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh para pemuda dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau berkata, "Insyaallah kita akan adakan lagi pelbagai program/aktiviti demi untuk bersatu padu dan merapatkan lagi hubungan dikalangan pemuda putrajaya...."

lihat gambar selanjutnya

'Sidang' dalam sidang, Siva 'disingkir' Raja Nazrin menanti di Kamar Diraja


IPOH: Krisis politik Perak yang bermula Februari lalu melalui bab baru hari ini apabila Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pukul 10 pagi tadi masih belum disempurnakan dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan.

Sehingga pukul 12 tengah hari Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja di tingkat dua bangunan SUK sementara menunggu 'lampu hijau' untuk berangkat ke Dewan.

Perkembangan hari ini menyaksikan dua Speaker berada dalam Dewan.

Spekaer V. Sivakumar yang memasuki DUN pukul 10 pagi mengumumkan bahawa beliau ada beberapa ketetapan mesyuarat yang perlu dimaklumkan sebelum sidang dirasmikan.

Antara ketetapan itu ialah memecat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantug dari memasuki DUN masing-masing selama 18 dan 12 bulan.

Turut digantung ialah tiga ADUN Bebas yang telah keluar parti masingI-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan.

Katanya ia selaras dengan ketetapan sidang bawah pokok 3 Mac lalu.

Sivakumar berkata, beliau tidak akan meneruskan sidang selagi kesemua 10 wakil rakyat berkenaan tidak keluar.

Malah beliau turut mengarahkan bentara DUN supaya membawa mereka keluar.

Arahan itu tidak dapat dilaksanakan.

Kemudian kira-kira pukul 10.30 pagi, Zambry membentangkan usul agar Sivakumar dipecat.

Ia disokong sebulat suara dengan mengangkat tangan oleh wakil BN.

Usul itu telah dikemukakan oleh BN dua minggu lalu.

Hari ini Sivakumar mengumumkan bahawa usul itu telah ditolak oleh beliau.

Ketika berulang kali menekankan bahawa beliau tidak akan membolehkan sidang diadakan selagi kesemua 10 ADUN berkenaan keluar.

Sivakumar berkata, beliau tetap dengan keputusannya yang dibuat di bawah Perkara 43 Perinta Tetap Dewan.

Di sebalik kekecohan itu anggota BN pula mengadakan sidang mereka sendiri dengan meluluskan usul memecat Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN.

Sidang itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Hee Yit Foong, ADUN Bebas selepas keluar dari DAP.

Wakil BN itu, Datuk Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengenakan jubah Speaker dan mengangkat sumpah.

Beberapa minit kemudian, beliau 'mempengerusikan' sidang DUN dengan meluluskan usul membatalkan ketetapan sidang 3 Mac.

Selepas kecoh lebih hampir 70 minit suasana Dewan tenang mulai 11.16 pagi.

Bagaimanapun SIvakumar berkata, beliau tidak akan membenarkan sidang diteruskan selagi 10 anggota terbabit keluar Dewan.

Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong.

Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

Setakat 11.50 pagi, sementara Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja suasana DUN masih kelihatan tenang.

PERKEMBANGAN AWAL

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak sebentar lagi menjadi kecoh apabila Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.

Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

Sementara kekecohan berlaku, Raja Nazrin berada di dalam kamar diraja sementara menanti untuk merasmikan sidang Dewan.

Sivakumar yang masuk ke Dewan pada pukul 10 pagi tadi berkata, beliau mahu menetapkan beberapa perkara sebelum sidang Dewan dirasmikan.

Antara ketetapan itu adalah mengarahkan Dr Zambry dan enam Exco serta tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan. Bagaimanapun, 10 ADUN itu enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing.

"Saya mahu 10 ADUN ini keluar dengan serta merta. Saya minta Bentara mengarahkan mereka keluar," katanya.

Kira-kira pukul 10.20 pagi, Dr Zambry bangun membacakan usul memecat Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas denagn mengangkat tangan.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, ADUN yang telah digantung (Zambry) tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.

"Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang," katanya.

Senarai Ketua & Naib Pemuda Cawangan Tahun 2008-2011

Cawangan Bunga Matahari
Ketua Pemuda: Datuk Ahmad Zaki Zahid
Naib Ketua : Noor Faizal Noormal
Cawangan Bunga Teratai
Ketua Pemuda: Mohd Zushaidey Zulkifli
Naib Ketua : Abd.Mahadzel Mohamad Yusop
Cawangan Bunga Meranti
Ketua Pemuda: Mohd Sharel Azlee Zaini
Naib Ketua : Ahmad Faisal Abdul Karim
Cawangan Bunga Kekwa
Ketua Pemuda: Mohd Zalizan Othman
Naib Ketua : Shafari Adli Md Sharif
Cawangan Bunga Ixora
Ketua Pemuda: Nazarul Hisham Sabardin
Naib Ketua : Mohd Khushairi Badrul Shah
Cawangan Bunga Dedap
Ketua Pemuda: Mohd Razali Yahya
Naib Ketua : Rosmaini Jamaludin
Cawangan Bunga Kenanga
Ketua Pemuda: Ahmad Zubir Zahid
Naib Ketua : Khairul Amry Baharuddin
Cawangan Bunga Kantan
Ketua Pemuda: Ahmad Haromain Othman
Naib Ketua : Affendi Mohd Dom
Cawangan Bunga Kaktus
Ketua Pemuda: Khairil Anuar Ahmad
Naib Ketua : Azman Ahmad
Cawangan Bunga Jenjarum
Ketua Pemuda: Khairul Hamizu Yusof
Naib Ketua : Mohd Azmi Bakar
Cawangan Bunga Pakma
Ketua Pemuda: Mohd Rozi Husin
Naib Ketua : Mohd Nizam b Zakaria
Cawangan Bunga Semarak
Ketua Pemuda: Md Nasar Md Yunus
Naib Ketua : Romli Yahaya
Cawangan Bunga Dahlia
Ketua Pemuda: Adnan Mohd Nor
Naib Ketua : Norhasrizam Hashim
Cawangan Bunga Seroja
Ketua Pemuda: Mohamad Alwi Ghani
Naib Ketua : Kamaruzaman Musa
Cawangan Bunga Bakawali
Ketua Pemuda: Ahmad Fadhil Mansor
Naib Ketua : Mustaffa Tajuddin
Cawangan Bunga Daisy
Ketua Pemuda: Azhar Abas
Naib Ketua : Harris Fatimi Hj Abd.Rashid
Cawangan Bunga Raya
Ketua Pemuda: Baharudin Husen
Naib Ketua : Abd.Halim Md Yusoff
Cawangan Bunga Anggerik
Ketua Pemuda: Khairilanwar Khairudin
Naib Ketua : Muhd Nazrul b Jasni
Cawangan Bunga Kiambang
Ketua Pemuda: Tun Faisal Ismail Aziz
Naib Ketua : Mohd Amri Kamaruddin
Cawangan Bunga Kasturi
Ketua Pemuda: Rusmizi Majid
Naib Ketua : Norizuan Tusoff
Cawangan Bunga Orkid
Ketua Pemuda: Annuar Ismail
Naib Ketua : Mohd Firdaus Senin
Cawangan Bunga Tanjung(DIGANTUNG)
Ketua Pemuda: Abd.Aziz Abd.Halim
Cawangan Bunga Mawar(DIGANTUNG)
Ketua Pemuda: Nasrul Syazwan Nawai




Senarai Biro-Biro Pergerakan Pemuda UMNO 2008-2011

Biro Politik
Pengerusi : Datuk Ahmad Zaki Zahid(Tel:012-3717295)

Biro Sekretariat Pengurusan
Pengerusi : Mohd Hisamuddin Yahaya(Tel:013-3807800)

Sekretariat Pemuda BN & Satu M'sia
Pengerusi : Ahmad Faisal Abd Karim (019-3566945)
Tim.Pengerusi : Md Yatim Ariffin (Tel: 019-3288226)

Biro Antarabangsa/Aman M'sia
Pengerusi : Ahmad Zubir Zahid(Tel:012-9233722)

Biro Pendidikan Politik
Pengerusi : Zalizan Othman(Tel:012-3610515)
Tim.Pengerusi: Mohd Razali Yahya(Tel:012-2612232)

Biro Tugas-Tugas Khas
Pengerusi : Mohd Alwi Ghani(Tel:019-2921875)

Biro Perhubungan NGO
Pengerusi : Khairil Anuar Ahmad(Tel:019-6454738)
Tim.Pengerusi: Affendi Mohd Dom(Tel:012-3540597)

Sekretariat Hal Ehwal Bandar
Pengerusi: Syahrizal Samsudin(Tel:012-3876378)
Tim.Pengerusi: Noor Faizal Noormal(Tel:013-2377118)

Biro Kebudayaan & Kesenian
Pengerusi: Nasru Syazwan Nawai(Tel:012-9200466)
Tim.Pengerusi: Mohd Khairul Amri (Tel:012-6936833)

Biro Pelajaran
Pengerusi: Nazarul Hisham Sabardin(Tel:012-6186019)

Biro Aduan Komuniti
Pengerusi: Khairul Hamizu Yusof(Tel:013-6023534)

Biro Keahlian&Pemilih
Pengerusi: Romli Yahaya (Tel:013-3883668)
Tim.Pengerusi: Mohd Sharel Azlee (Tel:016-2736858)

Sekretariat Perhubungan Kerajaan
Pengerusi: Mohd Nasir Abd Rahman (Tel:019-3580881)

Biro Sosio Etika
Pengerusi: Ahmad Fadhil Mansor(Tel:012-6378641)

Biro Pengajian Tinggi
Pengerusi: Mohd Rozi Husin(Tel:012-3285839)

Sekretariat Pekerja Muda
Pengerusi: Azhar Abbas (Tel:017-2122837)

Biro Agama
Pengerusi: Ahmad Haromain Othman (Tel: 019-6791679)

Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan
Pengerusi: Zaidi Che Man (Tel: 013-3333660)

Biro Putera UMNO
Pengerusi: Mohd Zushaidey Zulkifli (Tel:016-3854946)
Timb.Pengerusi: Khairilanwar Khairudin (Tel: 019-3388550)

Biro Sukan
Pengerusi: Amiruddin Musa (Tel: 012-6101666)

Unit Perang Saraf
Pengerusi: Shafari Adli Md Sharif (Tel: 012-6262900)

Unit Media Baru
Pengerusi: Baharudin Husen (Tel: 013-2313525)

Unit Pidato&Perhujahan Umum
Pengerusi: Mohd Nasar Md Yunus (Tel: 017-4276009)

Akademi Pemuda
Pengerusi: Amri Ahmad (Tel: 019-2711018)

Sekretariat Profesional Muda
Pengerusi: Izran Mohd Salleh (Tel: 012-2391948)



Senarai AJK Pemuda UMNO PutraJaya

Pengerusi Tetap:Sdr.Mohammad Iqbal Abd Samad
Timbalan Pengerusi:
Sdr.Musa Ahmed
Ketua Pemuda :Datuk Ahmad Zaki Zahid
Naib Ketua Pemuda :Sdr.Hisamuddin Yahaya
Penolong Setiausaha:Sdr.Ahmad Faisal Abd.Karim
Ketua Penerangan:
Sdr Wan Shahinur Izran
Bendahari:Ahmad Zubir Zahid
Ahli Jawatankuasa:
1.Sdr Zaidi Che Man
2.Sdr Khairul Hamizu Yusof
3.Sdr Nasru Syazwan Nawai
4.Sdr Mohd Rozi Husin
5.Sdr Romli Yahaya
6.Sdr Azhar Abas
7.Sdr Mohamad Alwi Ghani
8.Sdr Ahmad Haromain Othman
9.Sdr Ahmad Fadhil Mansor
10.Sdr Syahrizal Shamsudin
11.Sdr Mohd Nasir Abd Rahman
12.Sdr Nazarul Hisham Sabardin
13.Sdr Khairil Anuar Ahmad
14.Sdr Mohd Zushaidey Zulkifli
15.Sdr Amiruddin Musa
16.Sdr Amri Ahmad*
17.Sdr Shahrel Azley*
18.Sdr Mohd Nasar Hj Md Yunus*


Setiausaha Kerja:
1. Sdr Md Yatim Ariffin


* merupakan AJK LANTIKAN
Hubungi kami :
Alamat: Pejabat UMNO Bahagian, Presint 14 Diplomatik, Putrajaya
Tel: 03-8888 5761
Email :pputrajaya@gmail.com