Wednesday, May 27, 2009

Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan









Baru-baru ini Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah menganjurkan Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan pada 15-17 Mei yang bertempat di Lembah Azween, Batu 14, Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Kursus ini dikendalikan di bawah Biro Penerangan & Latihan dimana Pengerusi Biro ini ialah Sdr.Zalizan Othman. Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan untuk kali pertamanya dan dikhususkan dahulu kepada AJK Pemuda UMNO beserta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap. Insyaallah peluang ini akan dibuka kepada ahli-ahli pemuda yang lain. Ini kerana matlamat utama adalah untuk memantapkan institusi pemuda/barisan tertinggi Pemuda UMNO Putrajaya itu terlebih dahulu supaya perpaduan dapat dipupuk, kerjasama antara satu sama lain dapat diterapkan dan untuk memupuk sikap berpasukan dimana ianya akan memberi kesan yang baik kepada pentadbiran Pemuda UMNO Putrajaya khususnya dalam memberi kerjasama/sokongan kepada pucuk pimpinan yang sedia ada. Untuk makluman, pada hari pertama setibanya para peserta di kem ini, peserta telah dikunjungi oleh seramai 15 orang Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai sendiri oleh Ketua & Naib Pemuda mereka. Dalam majlis silaturahim yang singkat ini, KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan AJK yang lain sempat makan malam bersama mereka di dalam kem ini dan sebelum mereka pulang sedikit cenderahati tanda kenangan diberi kepada mereka.
Alhamdulilah seramai lebih kurang 22 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 27 peserta yang hadir. Selebihnya tidak dapat mengikuti kursus ini kerana terikat dengan komitmen yang lain. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada Jumaat malam dan berakhir pada Ahad tengah hari ini sedikit sebanyak memberi pendedahan, kesedaran, dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama peserta, kepayahan serta kesusahan yang perlu dihadapi bersama melalui program-program yang diaturkan sepanjang kursus ini. Antara aktiviti-aktiviti yang terpaksa dihadapi oleh peserta ialah seperti kerja berpasukan, aktiviti berakit dan kembara malam.
Majlis ini dirasmikan oleh KP UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid (DAZZ) dengan kalimah suci “Bismillahirahmanirahim”. Antara ucapan beliau, “Ingatlah perjuangan kita ni berlandaskan “ aliff baa taa”. Agama, bangsa dan tanah air..Kita tidak boleh leka, lalai dan ambil mudah dalam perjuangan ini. Adakalanya kita perlu keluar dari zon selesa. Sikap kita harus berubah. Kita perlu mantapkan minda dan fizikal kita agar kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.
Lebih bermakna lagi kepada semua peserta apabila majlis penutup ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ucapan ribuan terima kasih kepada beliau kerana walaupun sibuk tetapi beliau dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Saya masih ingat dalam ucapan penutup beliau pada hari terakhir tersebut dimana beliau berulang-ulang kali mengingatkan kita semua supaya berubah sikap kearah kebaikan, menjadi insan yang lebih cemerlang apatah lagi setelah pulang dari kursus-kursus sebegini, dan bersatu padu untuk menguatkan parti. Zaman pemilihan telah berlalu. Yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang. Kita harus menerima dan menghormati keputusan ini. Itulah sikap yang perlu ada pada kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus sedar bahawa UMNO ketika ini berada dalam keadaan tenat. Masyarakat tidak marah/benci pada lambang UMNO itu tetapi mereka sebenarnya marah dengan sikap yang ada pada sesetengah pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri dan yang paling teruk sikap segelintir pemimpin UMNO itu sendiri yang cuba untuk merosak/mempecah-belahankan perpaduan didalam UMNO. Begitu juga harapan beliau kepada semua AJK Pemuda Putrajaya khususnya. Bersatulah, berubahlah supaya menjadi insan yang lebih cemerlang dan hormatilah pucuk pimpinan yang ada. Masa pemilihan telah berlalu. Kita semua harus bersatu padu demi agama, bangsa dan Negara yang tercinta.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada peserta diatas komitmen yang ditunjukan serta tidak lupa juga kepada pihak Yayasan Pengurusan Ilmu yang turut menyediakan penceramah berpengalaman, Mejar Abd Aziz serta semua yang terlibat di dalam Kursus Motivasi & Kerja Berpasukan ini. Semoga Pemuda UMNO Putrajaya terus cemerlang dan bersatu padu menjadi sebuah pasukan yang kuat dan dicontohi oleh masyarakat. Segala coretan gambar kenangan boleh dilihat didalam galeri.