Monday, May 25, 2009

Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun

















Pada 1 Mei 2009 sempena Hari Pekerja telah berlangsung satu Kejohanan Futsal Bawah 21 Tahun, yang bertempat di 2 lokasi iaitu di Padang P9 dan P11. Kejohanan ini disertai oleh 14 pasukan yang terdiri daripada warga remaja Putrajaya. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Sdr Shokri b Shapee pada jam 8.30 pagi. Beliau telah membuat sepak mula sebagai simbolik perasmian kejohanan ini.
Sebelum kejohanan ini bermula, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Putrajaya Sdr.Zalizan Othman lebih mesra dengan panggilan "Abang Jamal" telah menekankan aspek-aspek keselamatan kepada para peserta serta menyarankan kepada para remaja supaya menjauhi aktiviti yang kurang sihat dan tidak bermoral. Dengan melibatkan aktiviti sihat seperti bersukan ianya akan dapat merapatkan lagi hubungan serta memupuk budaya hidup sihat.
Setelah semua pasukan berhempas pulas, akhirnya Johan dimenangi oleh pasukan Pulau C, Naib-Pasukan Pulau B, Ketiga-Azzuri dan keempat ialah Pasukan Pulau A. Hadiah-hadiah disampikan oleh AJK Pemuda Putrajaya merangkap Ketua Putera Bah.Putrajaya iaitu Sdr.Mohd Zushaidey Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan "Zach". Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini akan diadakan bagi menarik lebih ramai lagi golongan remaja khususnya supaya mereka terus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO.