Tuesday, December 31, 2013

Bila @KDNPUTRAJAYA mahu bertindak? @Zahid_Hamidi @afk910 @Khairykj @nasrusyazwan @putrajaya_13


Lagi Memo Bantahan Dibuat!! Kali ini Pergerakkan Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Ketua Pemuda Ahmad Faisal Abdul Karim @ Tom diiringi Ketua Pemuda UMNO WP, Mohd Razlan bersama-sama 15 NGO Putrajaya telah menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi tadi bagi menyatakan bantahan terhadap NGO Propembangkang yang cuba mencetuskan huru hara di Dataran Merdeka bersempena sambutan Tahun Baru pada hari Selasa ini. 

Monday, December 16, 2013

BUKTI: GLC ingkar dan TIDAK berjiwa Melayu!!! @NajibRazak @Khairykj @razlanrafii @putrajaya_13 #GLC


Apa hal stesen minyak Petronas Bertam, Kepala Batas lebih mengutamakan bahasa Cina berbanding bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu?

Di mana letaknya kepentingan bahasa Melayu di mata pengurusan Petronas !!


Apa lagi kerajaan Malaysia nak tunggu? Ambil tindakanlah. Jangan sampai Petronas diterbalikkan pula lepas ini. Hari tu ketika Perhimpunan Agong UMNO di Dewan PWTC, KP Batu, Sdr.Gulam dan 'sound' Petronas ni dan sebenarnya ramai juga perwakilan lain termasuklah YB @Khairykj sendiri dah tegur syarikat2 GLC yang p**dek mcm ni supaya sedar bahawa GLC adalah syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan. Jadi kenapa harus ingkar atau buat pekak je??

Sunday, December 15, 2013

Misi Bantuan Banjir di Maran Pahang @Khairkj @azwanbro @ibdil @putrajaya_13 #banjirMaran



Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Akhirnya misi bantuan banjir Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya ke Maran, Pahang berjaya jua. Rombongan yang bertolak lewat malam akhirnya tiba di Maran pagi tadi. 2 buah truck pick up "Hilux" dan sebuah van yang padat dengan muatan makanan dan beberapa keperluan harian lain hasil kutipan yang dibuat berjaya jua sampai di Parlimen Maran. Semangat juang pemuda-pemuda Putrajaya ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa-mangas banjir.





Monday, December 9, 2013

Pemuda UMNO Putrajaya Cipta Sejarah! @TengkuAdnanReal @Khairykj @azwanbro @afk910 @amirjpm @putrajaya_13



Tahniah diucapkan kepada Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya kerana telah menjadi pergerakkan yang pertama di dalam Negara ini yang terlibat di dalam Skuad COMBI (Communication for Behavioural Impact) atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku. COMBI merupakan satu pendekatan yang diperkenal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia ke arah hidup lebih sihat dan sering dikaitkan dengan pencegahan denggi.

Melalui pendekatan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Sdr. Ahmad Faisal Abdul Karim, pergerakan ini telah mengadakan kempen kesedaran bagi pencegahan wabak Denggi dan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang bahaya wabak Denggi memandangkan statistik Kementerian Kesihatan Msia (KKM) menunjukkan pada tahun 2012 (19,444 kes dan 33 jumlah kematian) telah meningkat pada tahun ini dengan 36,000 kes dan 74 kematian di seluruh Negara.

Sunday, December 1, 2013

Biro Media Baru Pemuda UMNO Msia, Kehadapan Bersama @ibdil @umbkl @Khairykj @putrajaya_13 @razlanrafii


"Ketahuilah bahawa akar umbi kita merupakan pasak UMNO dan saf Pemudanya pula adalah benteng yang menghadap segala badai cabaran yang melanda" - Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.