Tuesday, December 21, 2010

JOM peringkat Negeri Melaka

Pada 21/12/2010, walaupun sibuk dengan urusan di pejabat, namun Ketua Pemuda UMNO Bah.Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia Datuk Ahmad Zaki Zahid sempat juga meluangkan masa dalam majlis pelancaran JOM peringkat negeri Melaka di Kg.Semabok Dalam, Kota Melaka pada hari ini.

Datuk Zaki berkata program itu merupakan salah satu usaha Pemuda BN untuk menawan hati generasi muda bagi memastikan mereka menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sunday, December 19, 2010

Mampukah Melayu Mengekalkan Kuasa





Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya bersama Gerak Harmoni telah menganjurkan satu forum bertajuk “Mampukah Melayu Mengekalkan Kuasa”. Forum ini bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya kepada orang Melayu betapa pentingnya untuk kita semua bersatu padu antara satu sama lain dan secara tidak langsung juga telah memberi pengetahuan mengenai hak-hak orang Melayu yang perlu dipertahankan.

Ini memberi gambaran kepada semua bahawa orang Melayu khususnya tidak harus selesa dan leka dengan apa yang ada pada hari ini sebaliknya harus berusaha dan bekerja keras untuk menjadi bangsa yang disegani dan dihormati. (maaf, visual gambar kurang memuaskan)

Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional ke 13




Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid telah dijemput oleh MCA dalam satu program diskusi yang bertajuk “Youth’s Role In Successing National Transformation”. Program yang telah diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara Chenderian, Tapah Perak ini telah dihadiri oleh para penuntut(Institut Pengajian Tinggi Awam) dari seluruh negeri.

Diskusi ini memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai beberapa transformasi yang telah dibuat oleh pihak kerajaan khususnya demi memajukan negara dan menaik taraf hidup rakyat Malaysia.

Hari Keluarga Parlimen Putrajaya








Pada 4/12/2010 yang lalu, telah diadakan Hari Keluarga anjuran ahli Parlimen Putrajaya bertempat di Stadium Pancarona Presint 18, Putrajaya. Program yang bermula dari awal pagi sehingga ke petang itu bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara para penduduk di Putrajaya dengan Ahli Parlimen Putrajaya, YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Selain itu, perlawanan akhir Bola Sepak Piala Ahli Parlimen turut diadakan pada hari tersebut.

Bagi memeriahkan lagi program, cabutan bertuah turut diberikan kepada para pengunjung yang bertuah. Hadiah-hadiah cukup lumayan. Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Ybhg.Datuk Ahmad Zaki mengucapkan tahniah kepada pemenang dan juga kepada ajk yang telah menjayakan program ini.

(gambar sekitar hari keluarga)

Sunday, November 7, 2010

Hari Mengundi Pililhanraya Kecil Parlimen Batu Sapi




















Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Datin LindaTsen Thau Lin daripada Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Alhamdulillah,keputusan rasmi PRK Parlimen Batu Sapi telah pun diumumkan dan terbukti bahawa calon daripada Barisan National(BN) Datin Linda Tsen Thau Lin telah memenangi kerusi Batu Sapi dengan memperoleh undi sebanyak 9,773 seterusnya mempertahankan kerusi mendiang suami beliau dengan majoriti 6,359. Calon PKR, Ansari Abdullah mendapat undi sebanyak 3,414 manakala calon SAPP-Datuk Yong Teck Lee pula mendapat undi sebanyak 2,031.

Penulis sempat menemubual KP Putrajaya, Datuk Zaki merangkap exco Pemuda UMNO Msia, yang merupakan exco angkat bagi kawasan Batu Sapi.

“Kemenangan ini merupakan tanda keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN. Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi ini khususnya. Kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir. Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi. Dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu. Segala usaha-usaha pembangunan yang telah diperkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program TransformasiEkonomi (ETP), Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan misi Gagasan 1Malaysia yang telah dibawa oleh PM nampaknya diterima oleh rakyat” katanya lagi.

Saturday, November 6, 2010

Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi (P185)












Sempena musim Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi ini, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Msia, Datuk Ahmad Zaki Zahid turut serta berkempen dan turun padang bagi mempastikan kemenangan Barisan National seterusnya mempertahankan penguasaan BN di kerusi Parlimen Batu Sapi ini.

Secara kebetulan juga, penulis difahamkan bahawa Datuk Zaki merupakan Exco angkat bagi kawasan ini. Oleh itu atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan beliau, sejak dari awal lagi selepas tamat proses penamaan calon beliau bersama-sama jentera parti komponen BN dan UMNO melalui sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang lain telah mengadakan beberapa sesi kempen untuk mempastikan kerusi Parlimen yang disandang oleh mendiang Datuk Edmun Chong Ket Wah ini dapat dipertahankan.

‘Pertarungan’ kali ini melibatkan pertarungan 3 penjuru iaitu calon BN-Datin Linda Tsen Tsau Lin, calon SAPP-Datuk Yong Teck Lee manakala calon PKR-Ansari Abdullah.


Tuesday, November 2, 2010

Perhimpunan Agong UMNO 19-21 Oktober 2010






Pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 19-21 Oktober lalu di PWTC, Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya telah menghantar 4 orang perwakilan selain KP, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan NKP Sdr.Hisamudin Yahya yang terdiri daripada Sdr.Anuar(Orkid), Sdr.Azhar(Daisy), Sdr. Zach(Teratai) dan Sdr.Hamizu(Jenjarum).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, selain membangkitkan kepincangan pentadbiran negeri yang ditadbir oleh parti gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anggota pergerakan itu perlu menampilkan imej baru.

Gerakan kita juga lebih tertumpu kepada usaha menarik perhatian pengundi muda. Selain itu kita mahu menunjukkan walaupun kita masih lagi memperjuangkan dan menjadi juara kepada isu-isu Melayu, kita tetap membawa isu semua rakyat dan menguatkan lagi semangat 1Malaysia," katanya.
Sementara itu, berdasarkan senarai topik dan pembahas yang dikeluarkan oleh Pemuda Umno di sini hari ini, sebanyak 30 isu, termasuk konsep 1Malaysia, Model Baru Ekonomi (MBE) serta isu pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan pelabelan pemimpin Umno sebagai pemimpin perkauman, turut dibangkitkan.

Turut disentuh ialah mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November. (Berikut ialah gambar kenangan sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2010)